Tak hirau anak, suami Lufya tunjuk bukti, jelaskan hal sebenar

5,114 views

Akhirnya suami kepada Lufya iaitu Dr Che Hafiz telah beri penjelasan apa yang berlaku ketika dia tak dengar panggilan dari anaknya di mahkamah tempoh hari.

Kes ini jadi bualan ramai netizen di luar sana, yang telah eprtikaikan tindakan Dr Che Hafiz seolah tak hiraukan panggilan anaknya, sungguh sayu jika menonton video berkenaan.

Hari ini, suami Lufya menjelaskan semuanya, dan menyatakan dia dahpun meluangkan masa dengan anaknya itu ketika di dalam mahkamah.

Ketika di luar mahkamah, dia tidak lagi mendengar panggilan anaknya itu, sebab itu dia tak perasan. Malah Dr Che Hafiz juga menulis bahawa di minta maaf kepada anaknya kerana tak perasan panggilannya.

Jom baca penjelasan panjang kebar dari Dr Che Hafiz tentang keadaan sebenar yang berlaku ketika kejadian.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua orang. Oleh kerana ramai sangat warganet yang telah salah faham dan salah bagi tafsiran tentang isu video yang sedang viral berkenaan saya tak hirau anak apabila anak saya panggil banyak kali. Sebenarnya saya memang prihatin dan amat paham memang perkara begini akan jadi perhatian ramai orang apatah lagi ianya telah membabitkan sentimen anak kandung saya sendiri. Isu ini juga menjadi sangat sensitif dan ia boleh bangkitkan kemarahan ramai pihak terutama kepada mereka yang dah berkahwin atau dah ada keluarga dan ada anak kecil.

“Oleh itu, apa yang saya nak jelaskan di sini adalah tentang dengan dakwaan seperti saya tak sayangkan anak dan lain-lain adalah tidak benar malah saya dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Gambar-gambar yang saya upload di atas ada babak-babak ketika saya berada di dalam mahkamah. Kalau perhatikan di dalam gambar-gambar tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak saya sampai lah anak saya pergi kepada ibunya. Lepas itu baru la sy keluar dari mahkamah.

“Sejurus keluar saja dari mahkamah ramai jurukamera dan wartawan menyapa (itu saya memang faham dengan tugasan mereka). Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan Tanya (maklumlah saya rasa nervous sebab ini adalah kali pertama seumur hidup saya berada dalam situasi di mahkamah)

“To my love one Laana haura, daddy really sorry sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love. Jika difikirkan secara waras bapa mana di atas dunia ni tidak sayangkan anak mereka sedangkan binatang pun boleh tetap tahu nak sayang anaknya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal.

“Akhir sekali saya ingin beritahu bahawa saya amat tertarik dengan satu kata-kata ini iaitu jika benar seseorang itu adalah orang yang beriman kepada Allah swt maka tidak lah dia sanggup untuk putuskan hubungan silaturrahim (hubungan kekeluargaan) apatah lagi Jika ia melibatkan hubungan antara bapa dengan anak. Jika benar caption ini adalah message maka likes itu adalah messenger. Sekian itu saja daripada saya.

Apapun, semoga hubungan antara Dr Che Hafiz dengan anaknya sentiasa baik-baik sahaja dan tidak akan terputus.

Perhatian, caption ini ditulis dari instagram milik Dr Che Hafiz pada hari Khamis dan diolah semula oleh penulis.