Adik beradik pelakon Risteena Munim dan Ruhainies diketahui mempunyai kekasih hati dan sering tayang kemesraan mereka kepada para follower.
Adakala ramai netizen yang seakan naik muak, namun ternyata adik beradik ini bahagia dengan pasangan masing-masing.
Risteena dan tunangnya Isa Khan khabarnya akan menamatkan zaman solo pada bulan Mac tahun ini.
Hal ini mula jadi bualan setelah Risteena ada menulis caption dengan hashtag ‘counting day’ di laman Ig miliknya.
Dan yang paling baru, Risteena turut ada menyertakan emoji gambar cincin dan memberi bayangan bahawa hari bahagia mereka semakin hampir.
Baguslah dah nak disatukan, maklumlah, umum pun dah tahu mereka berdua ni antara pasangan tunang yang paling sweet ketika ini.
Contoh yang terbaru ialah menerusi satu update terkini, yang mana Risteena ada muatnaik dirinya sedang mendapat perapian rambut dan mendandan rambut di sebuah saloon.
Dan Risteen ternyata terpesona dengan kesanggupan Isa Khan yang menunggunya selama beberapa jam lamanya ketika Risteena mendandan rambut.
Ini tulis Risteena: “Menghitung hari untuk menjadi isterimu yang sah wahai Isa Khan. Sweetnya dia sampai tunggu saya buat rambut for hours. Isa tak ada pergi mana-mana pun. Dia duduk diam saja di situ. Nanti lepas kahwin pun please lah terus jadi macam ni okey.”
Risteena juga sempat memberi bayangan bawah mereka akan kahwin bulan Mac ini melalui captionnya.
“Cuba korang teka bila tarikh wedding kita berdua. Kalau siapa yang dapat teka dengan betul, nak ajak datanglah nanti. Cepat sila teka hehe. Hint nya ialah bulan March.”
Diruangan komen ramai mula teruja apabila pasangan ini dah beri bayangan nak bernikah dan menjadi pasangan suami isteri yang sah.
Ramai juga memuji kesetiaan Isa Khan yang sanggup tunggu lama tunangnya itu nak bersiap, memang rare lelaki tunggu lama macam ni, selalunya akan keluar ke tempat lain dah.
Apapun semoga urusan pernikahan Isa Khan dan Risteen akan dipermudahkan, amin.