“Tiada siapa boleh terlepas dari undang-undang”- Timbalan Menteri tentang Sajat

2,023 views

Satu serbuan dibuat di rumah Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman namun telah gagal menemui ahli perniagaan berumur 36 tahun itu.

Serbuan telah dibuat lebih kurang jam 9 malam di kediaman Sajat yang terletak di Seksyen 10, Kota Damansara.

Dari laporan penguatkuasa, semasa rumah itu diserbu, individu yang dijumpai ialah bapa Sajat, pembantu rumah dan dua anak kecil yang dikatakan anak angkat Sajat.

“Penguatkuasa buat risikan sebelum adakan serbuan. Hasil pemeriksaan di setiap ruang di kediaman berkenaan gagal menemui Nur Sajat, tak dijumpai.”

“Di rumah hanya ada ahli keluarga yang lain dan mereka memberitahu Sajat tak pulang ke rumah sejak beberapa hari yang lepas.”

“Kesemua penguatkuasa kini dikerah untuk jejaki Sajat dan tak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.”

Selepas serbuan berkenaan, Jais telah membuat membuat laporan polis.

Sajat disyaki kini sedang bersembunyi dari ditahan pihak berkuasa selepas tidak hadir ke mahkamah.

Melihat di alam maya, Sajat juga telah menutup akaun Instagram miliknya yang mana sebelum ini beberapa kali Sajat ada memerli pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memberitahu, tiada sesiapa termasuklah Nur Sajat yang boleh lari dari undang-undang.

“Tiada seorang pun yang kebal dari tindakan undang-undang. Proses mahkamah perlu berhemah, mempunyai prosedur operasi standard dan ada garis panduan yang kena ikut.”

“Individu yang tak hadir ke mahkamah itu tidak kebal dengan undang-undang, proses pengadilannya sedang dijalankan. Tidak ada yang akan terlepas daripada undang-undang,”

Sajat kini sedang terlibat dalam satu kes mahkamah di atas tuduhan lelaki memakai pakai wanita ketika majlis solat hajat dan bacaan Yassin.

Pada pembacaan tuduhan yang lalu, Sajat mengaku tak bersalah dan telah dikat jamin sebanyak RM 3000. Waran tangkap dikeluarkan setelah Sajat tidak hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kes.