Tahniah Aiman Tino! Cantik dan lembut orangnya..

2,201 views

Di umur 24 tahun, penyanyi Aiman Tino kini telah bersedia melangkah ke peringkat yang lebih serius dalam perhubungan dengan kekasih hatinya. 

Semalam, family kepada Aiman Tino telah pun pergi merisik kekasih hati Aiman Tino yang bernama Syarah Haifa. 

Ibu kepada Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil telah mengesahkan hal berkenaan yang mana dia antara yang menghantar rombongan merisik kekasih Aiman Tino bernama Syarah Haifa. 

Sebagai seorang ibu, Hazelina sentiasa terbuka dan merestui pilihan anaknya itu dan berharap agar jodoh mereka berdua akan ada, sampailah ke jinjang pelamin. 

Ini kenyataan dari ibu Aiman Tino. 

“Semalam ada berlangsung majlis merisik saja. Hanya sekadar sesi untuk bersuai kenal antara kedua belah keluarga. Itu pun sebenarnya kali pertama saya bertemu dengan Syarah.” 

“Ini merupakan pilihan dari Aiman sendiri dan sebagai ibu, saya pastinya akan merestui hubungan berkenaan.”  

“Sebenanrya mereka dah lama berkenalan dan sekitar beberapa bulan yang lalu, Aiman mula terdetik nak bergerak ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka tu.” 

“Apabila dia dah ada tergerak hati, maka saya dan ayahnya sentiasa saja menyokong keputusan yang baik itu.” 

Kata ibu Aiman Tino ini lagi, dia lihat Syarah Haifa sebagai seorang gadis yang amat baik dan lembut orangnya. 

“Saya nampak yang Syarah ni cantik orangnya, lemah lembut. Family dia pun terima kami dengan baik.” 

Dalam pada itu, Hazelina mengharapkan agar semua peminat akan menerima status baru Aiman Tino itu. 

“Saya berharap semua peminat Aiman turut sama-sama sentiasa sokong dan merestui hubungan mereka.” 

Tentang tarikh untuk majlis akad nikah Aiman Tino dan Syarah Haifa, sehingga kini kedua belah keluarga masih lagi belum bincang dengan lebih lanjut. 

“Saya tidak boleh nak beri infi yang lebih detail disebabkan kamu belum ada perancangan. Semuanya nanti akan dibincangkan antara kedua belah family.” 

Tahniah buat Aiman Tino dan Syarah Haifa, harap cepatlah naik pelamin.