Tahniah, dah sah, Engku Emran dan Noor Nabila selamat bernikah

2,868 views

Khabar angin tentang pernikahan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran akhirnya terjawab.

Berita ini dah boleh disahkan setelah adik kepada Nabila iaitu instafamous, Ameera Khan telah upload satu keping gambar yang jelas tertera adanya majlis pernikahan antara Noor Nabila dan juga Engku Emran.

Malah, menerusi IG Little Miss Khan, Ameera Khan turut muatnaik foto pelamin dan meja makan yang dihias bak majlis perkahwinan.

Dapat dilihat juga ada sekeping kad yang berada di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah.

Apa yang menariknya hiasan berkenaan dibuat oleh perunding perkahwinan yang bukan calang-calang iaitu Reka Teemor.

Dari laporan Kosmo, ada sumber mengatakan bahawa majlis pernikahan antara Noor Nabila dan juga Engku Emran berlangsung di sebuah masjid pagi tadi.

Apapun, sehingga sekarang belum ada kata atau kenyataan dari tuan punya badan iaitu Noor Nabila dan juga Engku Emran.

Ada juga satu video yang dimuatnaik menunjukkan pasangan ini berada di atas pelamin dan bergambar bersama ibu bapa Noor Nabila.

Mereka berdua dikatakan telah mula rapat dan sering melakukan aktiviti bersama termasuklah aktiviti riadah berbasikal bersama-sama.

Menerusi beberapa gambar, dapat dilihat Engku Emran pernah datang ke rumah family Nabila untuk sesi mendengar usrah dan kemudian menikmati juadah makan bersama.

Untuk info, sebelum ini, Engku Emran pernah berkahwin dua kali dengan Erra Fazira dan juga pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella. Engku Emran mempunyai anak perempuan hasil perkahwinan dengan Erra Fazira.

Noor Nabila pula pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Jebat Jayden.

Tahniah diucapkan kepada Noor Nabila dan juga Engku Emran. Kini ramai yang tertunggu kenyataan dari kedua mereka kelak.