Comel wajah anak sulung Elfira Loy, Muhamad Rayyan Khalaf namanya

4,354 views

Ini berita terkini tentang Elfira Loy. Umum mengetahui bahawa pelakon popular Elfira Loy sedang mengandung anak pertamanya hasil perkahwinan dengan Faris Khairol Anuar. Akhirnya hari ini, pada tarikh 1 Oktober 2019, Elfira Loy mengumumkan berita gembira kepada umum di laman media sosial Instagram miliknya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar kerana menerima orang baru iaitu cahaya mata pertama mereka. Dari perkongsian berkenaan, Elfira Loy telah meluahkan rasa syukurnya di atas kurniaan Tuhan itu dan menulis tarikh 1 Oktober 2019 iaitu hari kelahiran permata hati sulungnya itu. Elfira bersalin di Andorra Women and Children Hospital.

Berita gembira ini ternyata mendapat reaksi yang baik dari para followernya. Di bahagian komen, para peminatnya serta para follower memberi ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Sementara itu, rakan artis turut menulis ucapan tahniah di atas berota gembira ini, antaranya ialah seperti Zizan Razak, Raysha Risroze, Nelydia Senrose, Lisa Surihani, Bella Dally, Scha Alyahya, Aeril Zafrel, Wany Hasrita, Mira Filzah, Nabila Huda dan ramai lagi artis memberi komen.

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi, every minutes in the labour room, every pain, ever moments I went through dia recap balik. Ya Allah macam tak percaya. terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga, terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami

“IT’S A BABY BOY. Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris. Born yesterday, the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg. Secara normal. Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy. Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboy

Jutaan tahniah diucapkan sekali lagi buat kedua mereka. Diharapkan agar kesihatan Elfira dan anaknya baik-baik sahaja dan semoga segala urusan akan dipermudahkan.

Kita tunggu sahaja Elfira Loy untuk update tentang perkembangan terkinmi anaknya, memang ramai dah tak sabar nak tengok wajah anak Elfira Loy.

Untuk pengetahuan, Elfira Loy yang popular menerusi drama Tentang Bulan The Series dan Qalesya telah bernikah dengan Faris Khairol Anuar pada awal tahun 2019.