Tahniah Hunny Madu nikahi jejaka Italy, Fedrighi Francesco

3,888 views

Seringkali pengacara Hunny Madu telah upload beberapa keping gambar bersama seorang jejaka mat salleh di laman media miliknya. Gambar itu memperlihatkan mereka begitu mesra dan akrab sekali.

Malahan ada follower yang melahirkan rasa kurang gemar melihat kemesraan sebegitu dipaparkan kepada umum.

Rupanya Hunny Madu ada berita baik yang ingin diberitakan buat semua peminatnya.

Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana, mengesahkan bahawa dia dan jejaka berkenaan telahpun bernikah dan merupakan pasangan suami isteri yang sah.

Menjawab soalan yang sering dilontarkan, Hunny akui dah berkahwin dengan lelaki berasal dari Itali bernama Fedrighi Francesco.

Fedrighi Francesco merupakan seorang chef di sebuah restoren terkemuka tanah air.

Dedahnya lagi, satu majlis akad nikah telah diadakan pada tarikh 2 Mei yang lepas dan dibuat secara tertutup saja.

“Pertanyaan orang ramai mula timbul sebab ramai yang tidak mengetahui perkara sebenar bahawa saya dan jejaka itu telahpun berkahwin. Oleh kerana itu saya mahu buat kenyataan sekaligus dapat leraikan dan menajwab segala persoalan dari orang luar.

“Kami hanya memberitahu tentang perkahwinan ini kepada family, orang terdekat dan sahabat terdekat saja.

“Majlis pernikahan dibuat secara ringkas dan hanya dihadiri damily saya iaitu adik-beradik, ibu bapa dan dua anak saya”.

Mereka sekeluarga kemudian telah bercuti bersama di Pulau Langkawi dan ketika itulah yang menarik perhatian dari orang ramai.

Hunny madu ada upload gambar bercuti bersama suami barunya itu tetapi tak ramai yang tahu status mereka sebenarnya dah jadi suami isteri. Oleh itu ramai yang selalu Tanya padanya.

“Percutian di Pulau Langkawi itu boleh dilabel sebagai bulan madu bersama family kecil saya ini.

“Boleh cakap, saya bertuah ada dia. Suami saya ni buat saya bahagia. Diharapkan agar hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah”.

Hunny Madu sebelum ini berkahwin dengan Khairul Azhar sepuluh tahun lepas pada tahun 2010. Mereka berdua umum perpisahan pada tahun 2018.