Tahniah Izara Aishah dah bersalin, makin bertambah ahli keluarga kata Tok Ti

5,519 views

Pelakon popular tanah air iaitu Izara Aishah kini disahkan telahpun selamat melahirkan anak pertamanya, seorang bayi perempuan semalam.

Berita yang amat menggembirakan para peminatnya itu, telah disampaikan oleh ibu mertuanya, Datin Seri Tengku Zawyah menggunakan akaun instagram Teezac. Tengku Zawyah telah meluahkan rasa bersyukurnya setelah Izara Aishah selamat menimang cahaya mata pertama semalam.

Ini komen dari perkongsian dari Tengku Zawyah tentang perkhabaran ini.

“Syukur alhamdulilah tahniah Adib dan juga Izara Aishah di atas kehadiran kegembiraan baru. Comelnya little princess. Semoga Allah akan sentiasa memberkati kamu dan puteri kamu. Saya yakin kamu Izara akan jadi seorang emak yang terbaik dan amat penyayang”

“Congrats to us. Cucu perempuan kita telah selamat lahir pada hari ini dengan beratnya 2.9 kilogram”. Itulah yang ditulis oleh Tengku Zawyah sambil tag akaun nama ctdk milik Datuk Siti Nurhaliza.

Ini pula reply dari Siti Nurhalilza yang turut memanjatkan kesyukuran di atas kehdarian ahli keluarga baru. “Alhamdulillah, syukur. Sekarang makin bertambah ahli keluarga kita”.

Tahniah kepada Izara Aishah dan juga suaminya Adib Khalid atas kelahiran anak sulung mereka berdua. Sudah tentunya ramai peminat dah tak sabar lagi nak lihat wajah puteri sulung mereka itu.

Diimbas kembali, pada awal tahun yang lalu, Izara Aishah telah bercerita tentang kisah kandungannya ketika dah masuk ke trimester kedua iaitu sekitar 6 bulan.

Ini merupakan anak pertama buat Izara Aishah dan Adib setelah mereka berdua berkahwin selama dua tahun, pada 17 November 2017.

Adib merupakan anak kedua kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa, yang telah berkahwin dengan Datuk Siti Nurhaliza. Selain Izara Aishah, Datuk Khalid juga mempunyai menantu yang juga seorang pelakon iaitu Tya Ariffin. Tya berkahwin dengan anak ketiganya, Asyraf Khalid.

Manakala anak sulung kepada Datuk Khalid iaitu Anas telah berkahwin dengan Nasha Alyssa iaitu anak perempuan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.