Baby Shima buat hal lagi? Ada apa di bahu Shima tu

13,610 views

Siapa yang tak kenal dengan nama Baby Shima, penyanyi yang sejak akhir-akhir ini banyak terpalit dengan isu.

Yang terbaru, ada pula video menunjukkan sesuatu di bahunya. Menerusi satu video pendek, Baby Shima ada menujukkan ada larakan di bahagian bahunya.

Ramai tertanya mengapa ada lakaran sedemikian di bahagian bahu Baby Shima itu.

Menerusi satu perkongsian di Youtube, lakaran berkenaan sebenarnya sticker tampal saja, yang sementara saja. Ianya ditampal di bahu Baby Shima dengan tujuan mahu buat prank kepada rakan baiknya.

Baby Shima dan seorang rakan wanita, telah menampal lakaran berkenaan di bahagian bahu dan kemudian menunjukkan kepada rakan baiknya untuk melihat sendiri reaksi mereka.

“Kita tampal, dan pasang lepas tu tunjuk kat mereka. tengok apa reaksi mereka.”

Ada seorang rakan Baby Shima bernama Iyas, yang menegur tindakan Baby Shima itu dengan mengatakan ianya tidak baik untuk dilakukan.

Ketika itu Baby Shima hanya berlakon dan mengatakan dia mahu buat apa yang dia suka dan mahu menjadi diri sendiri.

“Shima jenis kalau orang nak kata apa, lantaklah. Yang penting Shima jadi diri sendiri, apa yang Shima nak, Shima akan buat. Dan Shima tak kacau orang, tak susahkan orang lain.”

Iyas berkata memang dia tak berpuas hati dan akhirnya kena halau dari rumah oleh Baby Shima.

Kalau tak suka, rasa menyusahkan, baik balik saja lah.” Kata Baby Shima. Iyas ketika itu terus saja keluar dari rumah berkenaan.

Kemudian Baby Shima terus memberitahu hal sebenar kepada rakan-rakannya itu dan mengatakan itu hanyalah sticker saja.

“Kita tegur sebab kita sayang. Kak Shima macam kakak kita.” Kata rakannya itu yang akui ianya memang nampak real dan tak nampak macam sticker.

Itulah kisahnya dari Baby Shima, yang hanya bergurau dan buat content saja. Ini videonya.

Baby Shima sebelum ini terkenal dengan lagu irama dangdut.