Berita baik telah diterima pada hari ini yang baru sahaja diumumkan oleh pasangan suami isteri yang sama cantik sama padan iaitu Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Macwilson.
Kedua mereka telah buat satu pengumuman yang mana, mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
Pengumuman yang baik ini dibuat di laman media Instagram milik kedua pasangan suami isteri ini petang tadi.
Aiman dan Zahirah telah muatnaik sekeping foto ultra sound yang menunjukan baby dalam kandungan Zahirah.
Tak sabar nak bergelar bapa, Aiman akui dia rasa sungguh gembira dan bersyukur dengan kurniaan tersebut.
Ini ucapan Aiman menerusi caption: “Tak sabar nak jumpa. So excited to meet this little person who is half me and half the one I love. Syukur sangat-sangat, alhamdullilah”.
Sementara itu, di instagram milik Zahirah, pelakon cantik ini menyatakan baby tersebut kini sudah masuk ke trimester kedua, lebih kurang 6 bulan usia kandungan.
Ini caption Zahirah: “Dah masuk 6 bulan dalam kandungan. 6 months of growing our little love. Mommy and daddy cannot wait to meet you my love”.
Berita baik ini mendapat tumpuan dari follower Aiman dan Zahira. Kalau dilihat diruangan komen, memang ucapan tahniah masuk dengan bertalu-talu tanpa henti. Dalam masa satu jam sahaja, sudah lebih empat ribu komen ditulis oleh orang ramai.
Tak kurang juga komen dari kalangan rakan artis yang mana mereka menulis rasa teruja dengan baby yang bakal lahir ini kelak.
“Congrats Ira and Aiman. So happy for you both” Itulah yang ditulis oleh pelakon cantik Amelia Henderson.
Janna Nick juga menyatakan rasa gembira dan mengetahui anak berkenaan sudah tentu cantik atau kacak macam ibu bapanya: “Oh my god, belum keluar lagi pun dah boleh tahu anak cantik dan handsome macam mana nanti”.
Selain itu, artis lain yang mengucapkan dan menulsi komen tahniah ialah Mira Filzah, Eyra Hazali, Nelydia Senrose, Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Elfira Loy, Izara Aishah, Scha Alyahya dan Nora Danish.
Pelakon dan penyanyi dari Singapore yang pernah menyanyi dengan Aiman iaitu Hannah Delisha turut gembira dengan berita itu. Ini komennya: “Syukur alhamdullilah, congratulations to Zahirah and Aiman. May Allah bless your family, I am so happy for you guys”.
Suami kepada Fasha, Aidil Aziz turut mendoakan agar anak yang bakal lahir itu akan membesar dengan sempurna. “Alhamdulillah syukur, semoga baby itu nanti akan terus membesar dengan sihat dan sempurna”.
Tahniah sekali lagi buat Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Macwilson kerana bakal bergelar ibu dan bapa. Semoga segala urusan akan dipermudahkan amin.