“Tak best, saya tak happy” ~ Luahan Shuk Sahar

3,829 views

Nama yang paling buat ramai orang rasa meluat, terutama golongan wanita, sudah tentu pelawak Shuk Sahar. Ini gara-gara perangainya yang telah menduakan isterinya Rossa Sera.

Sudah lah tak berapa handsome, tapi perangai sebegitu pula.” Itu antara komen yang sering dilemparkan kepada Shuk, setelah berulang kali melakukan hal yang sama, menduakan isterinya.

Dikatakan Rossa Sera kini sedang dalam proses mahu berpisah degan Shuk dan kes ini masih lagi berjalan.

Baru-baru ini Shuk Sahar akhirnya mengakui apa yang dilakukan ini ada padahnya, kerana sebenarnya dia pun tak rasa bahagia dengan kehidupannya ini.

Shuk akui, apa yang dia buat semuanya ini tak patut jadi ikutan.

“Ini nasihat aku, apa yang saya nak cakap, satu benda saja, iaitu sebenarnya, tak best pun jadi macam aku ni. Langsung tidak best dan tidak ada rasa happy. Ini memang bukan satu benda yang elok. Kalaulah aku boleh jadi baik.”

“Yang mana ada nak minta tip untuk menduakan isteri tu, lebih baik tak payah la. Yang korang nampak tu aku, sebab ramai kenal aku, dan nampak yang aku buat. Ini satu benda yang memang tak payah nak ikut.”

Shuk akui, dalam hidupnya berumah tangga, memang dia telah menduakan isterinya dan ianya memang dengan wanita yang sama berulang kali.

“Aku selalu menduakan isteri dengan wanita yang sama, beberapa kali. Mungkin ada orang lain yang menduakan isteri mereka dengan orang yang berlainan, orang pun tak tahu.”

“Apa yang aku nak katakan, secara jujur jika dah ada keluarga, percayalah, tak payah buat macam aku ni nak menduakan isteri.”

Shuk Sahar membina mahligai rumah tangga dengan Rossa Sera pada tahun 2015 dan sepanjang perkahwinan mereka mempunyai dua orang anak perempuan.