“Saya rasa ada ketumbuhan dalam kepada” Farahdhiya

7,471 views

Ini cerita tentang bekas naib juara Gegar Vaganza iaitu Farahdhiya. Di umur 38 tahun, penyanyi ini kerap alami pening-pening kepala.

Gejala yang dialami itu semakin ketara sepanjang berlangsungnya perintah kawalan pergerakkan beberapa tahun lepas.

Farahdhiya mengaku gejala pening sudah kena, dia akan mengambil banyak ubat untuk merawa lega sampaikan merasakan mempunyai ketumbuhan di dalam otaknya.

“Semasa tempoh PKP dulu, setiap hari saya rasa pening kepala yang teramat sampai saya rasa ada ketumbuhan di bahagian otak saya. Memang saya kena makan ubat setiap hari.”

Kerana ianya kerap terjadi, Farahdhiya ambil keputusan untuk pergi buat pemeriksaan doktor tentang sign dan symptom yang dialaminya.

Farahdhiya juga mengetahui sama ada dia benar-benar ada ketumbuhan. Akhirnya selepas pemeriksaan dibuat ini keputusan dari pihak doktor.

“Kemudian setelah selesai buat pemeriksaan, pihak pegawai perubatan atau doktor cakap ia hanyalah disebabkan oleh tekanan saya.”

“Tapi memang benarlah apa yang doktor cakap tu, saya ada rasa sedemikian sebab masa PKP setiap hari berkurung saja kat rumah kan.”

Semua yang dialami oleh Farahdhiya itu kini beransur pulih setelah tamatkan perintah kawalan pergerakkan apatah lagi industry seni kembali dibuka, dan Farahdhiya pun kemabli aktif.

“Sekarang saya dah kembali aktif semula dan saya terima tawaran bekerja dan tidak ada masa untuk diri sendiri. Tapi kalau ada saja hari cuti saya sebenarnya lebih suka duduk di rumah berehat. Memang jarang keluar berjumpa rakan.”

Tentang perkembangan seni, Farahdhiya memberitahu dia ada lagu baru tak lama lagi berganding dengan penyanyi dari Korea.

“Saya teruja sangat apabila lagu ini akan dirakamkan dalam English dan Bahasa Korea untuk tujuan pasaran di negara Korea Selatan. Mana tahu ada rezeki saya di negara berkenaan.”

Farahdhiya juga bakal berlakon dalam dua buah drama baru berjudul Aisya dan Roti Cicah Susu.