“Kamu tak ada bakat, jaga maruah kamu” Ini komen Ajai, lihat reaksi Iqbal

24,399 views

Minggu kedua rancangan Big Stage telah berlangsung pada malam tadi di PICC, Putrajaya. Sudah tentu semua mata tertumpu kepada peserta yang ditunggu-tunggu iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.

Iqbal membawa lagu berjudul Ketahuan, nyanyian asal kumpulan Mata. Sebaik saja persembahan selesai,komen dari juri tetap, Ajai telah menjadi tumpuan ramai. Ternyata Ajai amat jujur dalam memberi komen.

Ajai hanya memberi 4 markah saja. Bagi Ajai, walaupun Iqbal mempunyai banyak wang, namun ternyata ianya tak boleh membeli bakat nyanyian.

“Okay Iqbal. Macam ni cerita dia, kamu ni memang tiada bakat dalam bidang nyanyian. bakat ni merupakan satu anugerah pemberian. Saya cakap secara jujur. Walaupun kami memang mempunyai begitu banyak wang ringgit, tetapi bakay memang tak boleh dibeli.”

“Bakat ini merupakan satu anugerah dari Illahi. Macam mana kita nak beri kepada Nya duit, sebab Dial ah yang beri kita rezeki dan wang ringgit.”

“Harus terima the fact bahawa kamu tak ada bakat dan bukan dilahirkan untuk menjadi seorang penyanyi. Namun kena ingat, kamu ni ada diberi rezeki lain, Allah tu adil dan beri rezeki lain.”

Tentang nyanyian Iqbal ketika menyanyikan lagu Ketahuan, Ajai memberitahu dia hanya bagi 4 markah kerana banyak yang lari.

“Markah dapat 4 saja. Pada mulanya saya bagi lima markah juga tetapi nyanyian di belakang memang berterabur. Awak pun tahu, tempo nyanyian terabur.”

Ini pula satu lagi nasihat dari Ajai kepada Iqbal.

“Nak belajar ni ambil masa. Bukan tiga hari dah belajar akan jadi terus pandai, tidak. Ada individu yang dah bertahun lamanya untuk belajar sebagai penyanyi. Tetapi di Big Stage, kena ada bakat dulu.”

“Saya juga tak berapa suka hal ini dijadikan satu bahan yang kelakar dan lawak. Awak pun perlulah menjaga maruah awak tu, terima kasih.”

Setelah komen panjang lebar dari Ajai, ini respon dari Iqbal.

Baik, saya terima komen itu dengan hati terbuka.” Itu jawapan dari Iqbal yang telah pun redha.

Di hujung segmen, akhirnya Ahmad Iqbal diumumkan sebagai peserta yang tersigkir dari Big Stage pada minggu kedua.