Setelah kerajaan membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia sudah boleh melancong ke Pulau Langkawi Kedah minggu lalu, memang ramai yang mula berjalan-jalan ke sana.
Antara yang turut mengambil peluang untuk bercuti ku pulau di utara tanah air itu ialah beberapa artis Malaysia. Turut ke sana baru-baru ini ialah pelakon popular Emma Maembong dan suaminya.
Seperti kebanyakkan orang lain, Emma Maembong ada upload beberapa foto sepanjang percutiannya ke Langkawi.
Emma dilihat telah menginap di sebuah resort terkenal iaitu Hotel Dash Langkawi, yang sememangnya terkenal dengan patung atau statue rabbit yang amat besar.
Antara beberapa lokasi yang Emma lawati ketika di sana ialah pantai, bat cave dan juga Kilim Geo Forest Park.
Ketika berada di geoforest park itu, Emma ada muatnaik foto berlatarbelakang tanda nama Kilim Geo Forest, yang memang amat popular.
Namun apa yang menjadi perhatian ialah pakaian Emma yang agak terdedah, terutama hanya memakai pakaian yang jelas menampakkan bahu dan tangannya.
Para followernya ada menulis komen menegur Emma maembong tentang pakaiannya itu. Ada yang mengatakan dirinya patutnya yang dipertontonkan untuk suami.
Ada follower sendiri pula yang rasa malu setelah melihat Emma sebegitu. Ini antara komen yang ditulis oleh netizen.
Selain itu, ramai juga yang menulis komen yang baik-baik dan telah mendoakan agar Emma Maembong kembali terdetik hati berhijrah menjadi seperti dulu, dan ini merujuk kepada penampilannya dulu ketika berhijab.
Ini antara komen dari peminatnya yang mendoakan diri Emma.
Emma Maembong sebelum ini pernah memakai tudung bermula tahun 2014, namun mengumumkan untuk kembali free hair pada tahun 2019. Pelakon ini kemudian berkahwin dengan Shazli, seorang pilot pada tahun 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Shariq Gabriel.