“Hari-hari saya doa mahu join Sepahtu, cita-cita saya” Kata Man, sekali Jep terus komen

38,767 views

Man Raja Lawak akui dia memang idamkan untuk menyertai kumpulan lawak paling terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Sepahtu.

Bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 bersama Rahim, Man mahu mengambil peluang ini untuk menambat hati Jep Sepahtu, salah seorang anggota asal kumpulan Sepah.

Man dan Rahim akan berganding bersama membentuk kumpulan duo, RnR.

“Sebelum ini, kami selalu dapat buat show sama-sama. Kali ini, Rahim ada kata mengapa kita tak pernah buat kumpulan bersama. Walhal kita dah lama kawan.”

“Saya rasa inilah peluang untuk saya dan juga Rahim. Tambahan lagi ketika ini kan Sepahtu tengah nak cari lagi seorang ahli. Oleh itu, inilah masanya untuk saya menjual. Jika saya serasi dengan Rahim, darap saya akan dapat perhatian daripada Jep.”

Setelah Shuib umum untuk rehat seketika, Sepahtu sedang mencari orang yang boleh isi kekosongan yang ditinggal Shuib.

Bagi Man, dia memang amat berharap dapat sertai Sepahtu, ianya antara idamannya.

“Saya setiap hari doa agar dapat join Sepahtu. Jujur saya mengaku. Ianya cita-cita saya dan jika boleh, saya harap fan semua pun boleh berikan saya peluang.”

“Mereka ada tawar saya untuk join program mereka secara mingguan sebagai artis jemputan, namun begitu jadual saya pula bertindih dengan kerja lain.”

“Kalau dapat peluang, memang saya nak sangat join mereka. Sepahtu Reunion merupakan satu program yang panjang. Dan ini boleh asah lagi bakat saya. Nak cabar diri sebab saya nak jadi pelawak serba boleh.”

Dalam pada itu, anggota asal kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib turut memberi komen di Ig Man tentang hajatnya itu.

Jep mengatakan pihaknya dah ada cuba contact, namun Man tak memberi jawapan. Man secara berjenaka mengatakan ketika itu dia di atas motor, maka tak dapat nak jawab panggilan. Jep pula bergurau mengatakan mungkin itu cara Man nak tolak.

Kemudian Shuib juag ada komen dan telah mendoakan agar ada rezeki untuk Man.

Ini komen-komen dari mereka.

Man amat terharu kerana semua ahli Sepahtu memberi komen tentang isu ini.

Sebelum ini, Man Raja lawak pernah sertai beberapa episode Sepahtu Reunion dan sememangnya ada keserasian antara Man dan ahli kumpulan Sepahtu yang lain.