Isteri dah unfollow Shuk Sahar

9,936 views

Sebelum ini, isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossa Sera ada membuat pendedahan dirinya dalam kekecewaan.

Ini dikaitkan sekali lagi tentang konflik rumah tanggannya dengan Shuk Sahar yang khabarnya sekalli lagi bergolak.

Menerusi satu laporan Kosmo, antara hint paling besar ialah apabila Rossa Sera dilihat tidak lagi follow Shuk di laman Instagram.

Semalam, Rossa Sera muatnaik dua instastory, yang menunjukkan lirik lagu “take a bow” nyanyian dari penyanyi Rihanna.

Ini lirik yang dipilih oleh ibu kepada dua orang anak ini.

Lirik ini berkisarkan pasangan yang sering menipu dan memberi harapan atau kepercayaan kononnya dia akan setia.

Namun begitu, Rossa Sera tidak ada cakap kepada sesiapa ditujukan lirik berkenaan. Akan tetapi ianya menimbulkan rasa syak ianya ada kaitan dengan luahannya sebelum ini.

Lebih menambah keyakinan orang ramai, didapati Rossa Sera telah unfollow suaminya itu.

Hasil carian, nama Shuk kini bukan lagi antara yang diikuti oleh Shuk. Begitu juga dengan Shuk, dah unfollow isterinya itu.

Sebelum ini, Rossa Sera menjadi tumpuan kerana membuat luahan hati sekali lagi kecewa dengan hubungannya dengan Shuk dan mengatakan dirinya kini tersakiti.

Antara yang dimuatnaik ialah perbualan mesej dari Shuk menerusi Whatsapp yang mana dia berjanji mahu berubah. Namun Rossa Sera kali ini seakan dah tawar hati.

Ini antara luahan hati dari Rossa Sera.

Shuk ada mengatakan memang ada salah faham antara dirinya dengan isteri, namun berkata tak ada yang serius.

“Memang ada salah faham sikit antara saya dan Sera, tapi tak ada apa-apalah. Saya tak mahu komen lebihlah.” Itu kata-kata dari Shuk.

Sebelum ini, wanita yang dikaitkan dengan Shuk iaitu Farah, ada membuat pendedahan bahawa dirinya masih lagi diganggu oleh seorang pelawak yang ramai kata ianya ialah Shuk. Shuk dikatakan datang ke rumah Farah kerana tak berpuas hati tentang sesuatu. Malah satu report polis juga telah dibuat oleh Farah.

Namun begitu polis memberitahu, kes itu dah selesai setelah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak.