“Yang nyanyi sumbang tak sedar ke dijadikan bahan lawak, keturunan tak malu?” Ac Mizal

7,238 views

Memang jarang nampak pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal, Dato Ac Mizal meluahkan rasa kurang senang tentang sesuatu isu.

Namun kali ini, Dato Ac Mizal telah meluahkan rasa tak setuju dengan apa yang terjadi kepada rancangan hiburan. Walaupun tidak ada menyebut nama, namun semua boleh dapat agak bahawa ianya berkait dengan penyertaan Ahmad Iqbal ke rancangan Big Stage.

Bagi pendapat Ac Mizal sepatutnya, peserta yang benar-benar layak diberikan peluang untuk bertanding dan bukannya hanya mahukan isu jadi viral. Bagi Ac Mizal dia merasakan hal ini agak memalukan selain boleh menjatuhkan industry seni tanah air.

“Berilah betul-betul kepada mereka yang boleh menyanyi. Mengapakah sekarang ni, mahu sangat dengan nak jadi viral dengan hal yang tak berapa nak positif ni.”

“Malulah, sebab ini benar-benar akan merosakkan industry kita. Jatuhkan industry dengan hal tak berapa bijak macam ni.”

“Kamu dah berbelanja berjuta untuk satu rancangan ni, dan apa yang orang akan ingat ialah adanya penyanyi yang bersuara sumbang.”

“Tidak fikirkan tentang ROI ke. Ini akan buat nama branding tak berapa baik. Rosak brand.”

Dalam pada itu, Ac Mizal juga telah mempersoalkan sendiri kepada penyanyi berkenaan, adakah dia tak sedar hanya dijadikan bahan untuk ketawa saja. Ini komen pedas dari Ac Mizal.

“Kepada yang menyanyi dengan suara sumbang tu pun sedar tak awak dijadikan bahan lawak saja. Keturunan kamu ni tidak ada rasa malu ke.”

Di lihat di ruangan komen, rata-rata setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Dato Ac Mizal.

Antara yang turut memberi respon ialah pelakon Azhar Sulaiman yang mengatakan ini: “Isu sensasi macam ni memang laku.

Ini komen Ac Mizal dan juga respon Azhar Sulaiman.

Rancangan Big Stage kali ini menampilkan Ahmad Iqbal sebagai peserta ke 12 manakal Dato Seri Vida sebagai presiden netizen. Juri tetap pula ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Ajai.