Tak jadi berpisah, Zulin Aziz umum dah kembali ke pangkuan suami

4,807 views

Masih lagi mahu mencuba, itulah antara ayat yang ditulis oleh Zulin Aziz pada hari ini. 

Pengacara dan pelakon ini memberitahu orang ramai bahawa, dia dan suaminya iaitu Farhan Norzaini kini telah kembali bersama. 

Hal ini diumumkan oleh Zulin Aziz menerusi satu entry di laman Instagram miliknya pada hari Khamis, 20 April 2023. 

Dari caption, Zulin Aziz menjelaskan dia telah kembali kepada suaminya dan semuanya merupakan berkat hasil dari doa orang ramai. 

“Ini merupakan berkat doa semua. Kita mencuba lagi. Kita boleh menjadi yang lebih baik daripada sebelum ni. Kita beri peluang serta ruang.” 

“Semoga kami akan sentiasa dalam lindungan Allah. Terima kasih kepada yang telah mendoakan kami berdua.” 

Zulin Aziz akui, sebelum ini apa yang berlaku terhadap dirinya dan juga suami merupakan satu dugaan yang amat berat. Namun semua yang terjadi ada hikmahnya. 

“Ujian ini memanglah tersangat berat namun begitu hikmahnya juga sangat indah. Syukur alhamdulillah.” 

Zulin Aziz sebelum ini telah mengumumkan perpisahan dengan suaminya Farhan Norzaini pada hari Isnin lepas. 

Kata Zulin, ketika itu, dia dan juga Farhan telah berputus asa dengan apa yang terjadi.  

“Ada sebab mengapa saya buat post itu. Ada sesuatu hal yang telah terjadi.” 

“Yang mana tahu tu saja lah yang tahu, ada asbab dan ada hikmah apa yang berlaku.” 

“Sebelum ini memang saya tak pernah cerita apa pun tentang hal rumah tangga saya, ianya terjadi secara tiba-tiba.” 

“Ketika itu kami berdua dah berputus asa, jadi kami buat keputusan untuk berpisah ketika itu.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Zulin Aziz tentang kisah terkini hubungannya dengan suaminya farhan Norzaini, yang kini dah pun kembali berbaik.