Dr Che Hafiz umum kini bukan lagi suami Lufya

2,207 views

Selebriti Lufya Omar dan pasangannya Dr Che Hafiz kini secara rasminya telah berpisah sebagai suami isteri. Hubungan mereka sebenarnya telah berakhir dan disahkan cerai pada tarikh 17 Jun yang lepas.

Hal ini telah didedahkan sendiri oleh Dr Che Hafiz yang mana lafaz perpisahan talak satu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Dr Che Hafiz mendedahkan hal ini sebab dia harap dirinya tak akan dikaitkan lagi dengan Lufya.

Bagi doctor ini, dia share hal ini agar tak ada lagi salah faham atau buruk sangka kepadanya jika sesuatu berlaku selepas ini. Ini komennya.

“Saya dan Lufya kini dah sah bercerai pada tarikh 17 Jun baru-baru ini di mahkamah. Saya harap sangat lepas ni tak ada lah pihak yang cuba nak kaitkan saya dengan dia sebab kami bukan lagi pasangan suami isteri.

“Saya inform hal ini kerana tak mahu ada timbul lagi salah faham atau yang mengatakn buruk pada saya. Dalam pada itu, saya nak mohon maaf dan diharapkan semua pihak faham”.

Tentang anaknya, Dr Che Hafiz berkata dia akan berusaha dengan bersungguh agar dapat tunai responsibility nya sebagai seorang ayah.

“Berkaitan tentang anak, saya tetap sentiasa usaha keras untuk tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dan saya harap sgt ia tak akan terima halangan dari pihak Lufya”.

Sebelum ini, Lufya memang ada buat kenyataan bahawa Dr Che hafiz lama tak jenguk anaknya, namun Dr Che Hafiz mengambil pendekatan tidak mahu memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

Pasangan ini telah berkahwin pada tanggal 26 November tahun 2016 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Laana Haura, yang mana kini dah masuk umur 3 tahun.

Share this on...