“Tak menyesal atas pentas haritu” Kata Kamal Adli kepada Uqasha

32,076 views

Sebelum ini ramai yang dah tengok Kamal Adli secara live melamar kekasih hatinya Uqasha Senrose di kaca televisyen.

Hubungan antara kedua pasangan pelakon ini dikatakan sedang mekar dan akan ke arah yang lebih serius.

Menerusi perkembangan terkini, Uqasha Senrose ada muatnaik dirinya sedang menggayakan beberapa busana pengantin yang amat cantik.

Ianya hanyalah untuk mempromosikan busana pengantin ciptaan Shanell Harun, akan tetapi ramai yang memuji kecantikkan Uqasha.

Ini termasuk Kamal Adli menerusi satu komen yang menulis dirinya langsung tak ada rasa sesal kerana melamar Uqasha.

“Oh my god, tak menyesal atas stage hari itu, milik saya.” Itulah yang ditulis oleh Kamal Adli diruang komen.

Sementara itu Uqasha Senrose pula menulis reply: “Kamal Adli, sedang menghitung hari, insayAllah dengan izinnya.”

Ramai netizen turut bersetuju bahawa Uqasha Senrose cantik sekali dengan busana pengantin berkenaan dan ramai tak sabar nak lihat pelakon berkenaan naik pelamin bersama Kamal Adli.

“Oh Uqasha cantiknya awak ni. Road to halal. Memang dah boleh bayangkan betapa cantiknya Uqasha berada atas pelamin nanti.” Itu antara komen yang diterima.

Ketika menjadi model untuk koleksi baju pengantin itu, Uqasha Senrose turut memakai barang kemas mewah dari Habib Jewels yang dianggar bernilai empat juta Ringgit Malaysia.

Ini komen Uqasha: “Saya teruja sangat dipilih sebagai individu pertama yang dapat sarung koleksi mewah daripada Shanell Harun. Baju ini memang amat selesa, sesuai sangat dengan jiwa saya.”

“Memang saya akui, semua bakal pengantin akan mengimpikan sesuatu yang terbaik termasuklah busana pengantin seperti ini.”

Busana yang dipakai oleh Uqasha Senrose ini merupakan antara rekaan dari Shanell yang merupakan bekas lecturer fashion di Universiti Teknologi Mara, UiTM.