Tak mungkin saya buat begitu pada Tok Ti, ini penjelasan Ashira GV7

2,154 views

Ini satu kisah yang berlaku kepada bekas peserta Gegar Vaganza musim lalu iaitu Ashira. Ianya ada kaitan dengan penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kisahnya berlaku apabila Datuk Siti Nurhaliza ada upload sekeping foto bihun goreng di laman Ig miliknya iaitu gambar makanan ketika majlis sambutan hari lahir Aafiyah.

Kemudian, tak semena-mena ada komen yang dengan beraninya menegur dan persoal tindakan Siti Nurhaliza muatnaik gambar itu.

Kata wanita berkenaan gambar berkenaan tak sesuai dan hanya mencemarkan laman IG Siti Nurhaliza yang mempunyai seramai lapan juta follower.

Melihat komen berkenaan, Siti Nurhaliza telah menjawab kembali dengan mengatakan dia upload gambar itu sebab nak bantu pernigaan peniaga makanan berkenaan.

Ini komen dari individu bernama Ashira Aziz: “Tok Ti patut gambar mihun macam ni kat Ig story sahaja. Ini boleh jejaskan Ig Tokti ni.”

Kemudian Siti Nurhaliza menjawab: “Pihak Segi Seri merupakan pihak yang telah bekerjasama dengan saya untuk majlis kami. Peranan saya bukan menyanyi saja namun nak membantu orang lain juga. Win-win, setiap orang ada cara masing-masing.”

Namun, tanpa mengetahui apa yang berlaku, secara tiba-tiba penyanyi Ashira ada terima mesej yang tanya kenapa dia mesej Siti Nurhaliza sebegitu.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah nama yang individu yang komen itu sama dengan nama Ashira. Oleh itu ramai ingatkan Ashira yang tegur Siti Nurhaliza.

Ini penjelasan dari pihak Ashira setelah mengetahui hal ini.

Assalamualaikum semua, gara-gara nama ini komen dekat post Datuk Siti Nurhaliza, tak sangka saya pula yang kena. Bukan saya ye, ta tuhanku, saya tidak tahu apa-apa cerita pun semalam sebab satu hari saya sibuk rakaman Gegar Vaganza edisi untuk hari raya.”

Secara tiba-tiba pada hari ini ramai pula orang yang sebut-sebut nama saya, dan ada yang mesej peribadi beritahu saya tentang hal ni. Apa salah saya? Saya pun peminat Tok Ti, tak mungkin Ashira buat begitu, terkejut Ashira.”

Itulah penjelasan dari Ashira kepada mereka yang menuduhnya tegur Datuk Siti Nurhaliza.