“Tak payah request aku, semak” Iqram Dinzly ajak semuka ketika live, Mia Nasir tak nak

25,625 views

Semalam pelakon Iqram Dinzly telah buat satu sesi live sekitar jam 10 malam. Bermula dengan tangisan, Iqram Dinzly kemudian telah ditanya dengan bertub-tubi dari netizen tentang isu melibatkan dirinya dengan Mona Allen.

Beberapa minit setelah membuat sesi live itu, secara tiba-tiba Iqram naik angin dengan seseorang dan telah request untuk minta individu itu tampil live bersamanya.

Rupanya, individu yang turut menonton sesi live Iqram itu ialah pelakon Mia Nasir, salah seorang pelakon yang terlibat dalam drama bersiri tersebut.

Iqram yang sedang naik angin mahu Mia Nasir masuk dan berani tampil kepadanya. Namun Mia Nasir telah menolak request dari Iqram itu.

Tak payah la nak request aku, semak.” Tulis Mia Nasir setelah menolak pelawaan dari Iqram Dinzly untuk live bersama.

Ternyata itu terus membuatkan Iqram terus berang dan mengatakan Mia hanya tahu menulis saja, tetapi tak berani nak berdepan.

Iqram turut menyatakan, bahawa dirinya juga kena tag team dengan aris wanita lain, sama-sama mengenakannya, ini termasuklah Mia.

“Setakat typing je boleh la, pastu ajak orang lain tag team konon macam girl power, kenakan aku.”

Menjawab netizen yang bertanya siapakah Mia Nasir, Iqram kemudian menyatakan Mia ini merupakan salah seorang adik beradik pelakon popular Anzalna.

Ada nama Nasir kat belakang tu siapa lagi, adik beradik Anzalna Nasir la. Kalau tak suka, dah boleh belah la, buat apa kat sini.” Itu antara komen Iqram.

Mia tak berdiam diri dan mengatakan dia saja nak tengok live tersebut kalau Iqram ada terus mengatakan rakannya iaitu Mona Allen.

Itu je ko boleh melalak, pastu main emosi. Saja je lalu, nak tengok ko ada cakap pasal kawan aku lagi tak.” Tulis Mia Nasir.

Selain itu, ada artis lain yang turun sama menonton sesi live itu termasuklah Pekin Ibrahim dan Isyariana serta pelakon Syafie Naswib.

Ini antara komen artis lain.

Semoga hal ini akan selesai antara Iqram Dinzly dan juga Mona Allen, Pekin serta Mia Nasir.