Baru berkahwin, isteri Zul 2by2 diuji, kena buatan orang

2,680 views

Baru saja mendirikan rumah pada 22 februari yang lalu, perkahwinan penyanyi Zul 2by2 dan Intan Maya telah diuji.

Rupanya, terlalu banyak ujian yang datang sejak sebelum pasangan ini berkahwin lagi.

Malah, Maya dikatakan telah diuji akibat buatan orang dengan ilmu guna-guna. Akibatnya Maya ada beberapa kali alami perkara pelik sampaikan hati asyik terfikir untuk membatalkan pernikahannya.

“Saya alami kesukaran untuk nafas, kaki jadi terasasakit dan kepala rasa macam berat saja. Ini sampai ada masa saya jadi tawar hati nak kahwin dengan Zul.”

“Memang pernah saya ada cakap kepadanya nak membatalkan pernikahan ini. Pada hari nikah pun, saya rasa memberontak.”

Cerita Maya, semua ini bermula sekitar tiga minggu sebelum hari pernikahan mereka tiba.

“Ketika itu, nasib baik ada rakan rapat yang selalu beri sokongan dan kata-kata semangat kepada diri saya.”

Selain itu, Maya juga selalu didatangi dengan mimpi aneh termasuk seseorang di tepi kubur. Kadangkala dia sukar mahu tidur, dan hanya terbaring tegak seakan jenazah.

“Saya ada mimpi seseorang yang rupanya agak pelik kat tepi kubur. Memang sejak itu, saya sukar nak tidur, mengiring atau tukar posisi memang tak boleh. Hanya akan baring macam jenazah dan tangan di dada.”

Tentang siapa yang lakukan, Maya akui ada buat solat hajat untuk minta petunjuk, dan memang ada wajah seseorang yang tampil.

“Saya buat solat hajat dan minta diberi petunjuk siapakah orang yang buat semua ini. Sudah beberapa kali saya nampak wajah yang sama. Saya dah maafkan orang itu.”

Kini, Maya sedang jalani rawatan secara perubatan islam dan sedang pulih.

“Syukur selepas saja dah nikah, semuanya rasa khuatir untuk kahwin dah hilang dan saya sekarang dalam proses untuk pulih diri sendiri.”

“Namun, ada masa jiwa saya akan jadi kosong. Saya kuatkan semangat dan tak mahu kena buatan orang lagi.”

Sementara itu, Zul akui ada seseorang yang dah contact dirinya dan akui bersekongkol dengan seseorang untuk menghantar buatan orang itu kepada isterinya.

“Dia dah mohon maaf, cakap tak mahu sekongkol lagi dengan si polan yang hantar sesuatu (buatan orang) kepada Maya. Takut tak dapat cari di padang mahsyar. Kita maafkan, tak rugi pun memaafkan.”

Zul 2by2 dan Intan Maya mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2022 yang lalu.