“Jangan pandai-pandai kata saya dah bankrap” Ini kenyataan penuh Mawar Karim

7,397 views

Mawar Abdul Karim akhirnya melantik peguam dan membuat kenyataan media tentang kes hutang yang melanda dirinya baru-baru ini.

Pihak peguam kepada Mawar telah mengesahkan Mawar tak diisytiharkan sebagai muflis dan semua business miliknya masih lagi beroperasi seperti biasa sampai hari ini.

Peguam Mawar ialah Datuk Mohd Imran Tamrin dan Mohd Azali Ibrahim memberitahu, sampai sekarang masuh tiada notis muflis diserahkan.

“Sehingga tarikh 18 April 2022, Mawar masih lagi seorang yang tak muflis. Tak ada sebarang notis muflis yang telah diserahkan kepada beliau setakat pada hari ini.”

Dalam pada itu Mawar turut menegaskan dia tidak muflis. “Baca betul-betul point ni, sia yang memandai-mandai saya tenyeh nanti. Jangan pandai-pandai kata saya dah muflis ye.” Itu tulis Mawar di IG miliknya.

Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa Mawar Karim yang terkenal dengan perniagaan tudung jenama Fareeda telah berdepan pengisytiharan muflis kerana tak dapat membayar pinjaman sebanyak RM720 ribu daripada seorang individu bernama Nabil Mat Jahya.

Dari laporan sebelum ini, dikatakan, telah berlaku perjanjian pinjaman antara Mawar dan Nabil dikatakan berlaku pada tarikh 7 Jun tahun lepas.

Susulan kes berkenaan juga, Mawar Karim telah membuat satu laporan polis pada 15 April sebagai penafian terhadap dakwaan kononnya Mawar telah menerima pinjaman serta berhutang sebanyak RM720 ribu dari individu berkenaan.

Ini kenyataan penuh dari Mawar tentang kes ini.

Dalam pada itu, pihak peguam dan juga Mawar Karim akan membuat satu sidang media yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, esok.

“Sekarang Mawar tak akan keluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkembangan kes ini. Tetapi satu sidang media khas bersama peguam dan Mawar sendiri akan datang yang dibuat pada hari Rabu ini jam 10 pagi di Kuala Lumpur. Tempat akan dimaklumkan kelak.”

Itu kenyataan dari peguam yang mewakili Mawar Karim.