“Tak perlukan orang macam ni, cukup, jangan rosakkan lagi industri” ~ Datuk Awie

2,006 views

Penyanyi rock Datuk Awie akhirnya memberi pandangannya tentang lagu raya nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri.

Lagu raya berjudul Kelepok Raya ini menjadi tular kerana muzik videonya yang keterlaluan, dan dilihat tak menghormati bulan Ramadhan dan juga kedatangan hari raya.

Ini semua gara-gara penampilan para penari yang tidak sesuai dan adanya golongan lembut atau sotong.

Ditanya tentang lagu Aliff Syukri ini, Datuk Awie memberi pendapat yang agak pedas dengan meminta Aliff Syukri lebih baik berhenti sebab hanay merosakkan industry muzik di Malaysia ini.

“Dorang rasa ini art dorang, kita tak boleh nak sekat kreativiti mereka, ini duit dorang. tetapi apa yang boleh saya kata, kalau nak jadi kreatif pun, kita kena ada sedikit renungan. Ini penting agar kita tak langgar batas-batas sempena hari raya yang suci.”

“Kita dah berpenat lelah, berpuasa, menahan lapar dan dahaga, jadi kita nak raikan hari raya dengan kegembiraan. Jadi kita kena gambarkan kegembiraan itu. Jadi takkanlah video yang viral macam tu. Saya rasa itu lain macam punya gembira.”

“Saya minta kalau di masa depan, saya rasa tak payah buat langsung. Dia ni bukan penyanyi pun, kalau nak buat, keluar duit sudah, bagi mereka yang professional buat, kau keluar duit je sebab kau banyak duit.”

“Lebih baik beri duit kepada mereka yang pakar, golongan professional buat lagu agar industry ini tak tenggelam dek benda-benda yang tak bermoral macam tu. Cukuplah tu, jangan rosakkan lagi industry yang dah tenat ni.”

Ditanya tentang suara Aliff Syukri adakah ianya unik, Awie menegaskan dia memang tak boleh menyanyi.

“Bukan-bukan, itu bukan unik, dia memang tak boleh menanyi.”

“Kita memang tak welcome benda macam ni. Kalau saya diberi peluang untuk berdepan dengan dia, saya akan cakap pada dia please stop. Kita tak perlukan orang macam ni.”

Itulah komen Datuk Awie tentang lagu Datuk Aliff Syukri.