“Tak sangka bekas mat kilang ni..” Individu tuduh Shuib Sepahtu, kaitkan kematian Siti Sarah

8,601 views

Nampaknya kali ini pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dah tak lagi dapat menahan sabarnya dan akan ambil tindakan undang-undang. 

Ianya setelah ada individu yang telah menabur kata-kata yang kurang benar tentang dirinya. 

Malahan, Shuib berkata ianya semakin keterlaluan sehinggakan hal ini juga telah melibatkan arwah Siti Sarah yang telah pun meninggal dunia. 

Semuanya bermula apabila ada individu telah menulis mengatakan Shuib yang merupakan bekas pekerja kilang telah menjadi ahli oraganisasi F. 

Individu itu juga mendakwa arwah Siti Sarah telah ditidurkan ketika jatuh sakit dulu adalah satu paksaan kerana Shuib mahu membuktikan kesan vaksin kepada ibu mengandung. 

Ini komen dari individu berkenaan. 

“Tidak sangka, mamat ni yang bekas pekerja kilang dah pun sertai ahli F juga. Tentang arwah Siti Sarah tu, memang tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ni nak buktikan pada ibu mengandung jika tak ambil suntikan vaksin akan memberi kesan, maka berduyunlah ibu hamil pergi cucuk.” 

“Organisasi F ni ambil artis di bawah mereka untuk sebarkan tentang vaksin, tak boleh nak ingkar walaupun ahli keluarga yang jadi korban.” 

Komen ini ditulis menerusi satu foto yang mana Shuib Sepahtu dan isteri barunya iaitu Watie Hanifiah, menutup mata sebelah. 

Ini gambar dan juga komen dari individu berkenaan. 

Melihat komen ini, menerusi laporan Gempak, Shuib berkata dia tak mahu bercakap lanjut dan akan membuat kenyataan melalui pihak peguamnya.  

“Rasanya tuduhan dan ftnah ini agak melampau malah ianya telah melibatkan arwah isteri saya, Siti Sarah. Dah tak perlu beri komen panjang lebar, tunggu sajalah kenyataan dari pihak legal saya.” 

Itulah kenyataan dari pihak Shuib Sepahtu tentang tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya baru-baru ini.