“Tak sangka Mak Wan macam ni, ingat sopan”

19,140 views

Pelakon veteran Mak Wan Latah telah muatnaik satu video di laman media TikTok miliknya baru-baru ini.

Video berkenaan menunjukkan pelakon berumur 61 tahun ini sedang asyik menyanyikan lagi di sebuah pusat nyanyian karaoke.

Bukan setakat hanya menyanyi saja, Mak Wan juga dilihat sampai menari edngan mengikut rentak lagu nyanyiannya itu.

Lagu yang dipiih oleh Mak Wan ialah lagu berjudul Sway nyanyian asal Michael Buble.

Di ruangan caption, Mak Wan menulis “Hidup kena happy. Tabarakallah.

Namun begitu, walaupun Mak Wan dilihat sedang menggembirakan diri sendiri, di ruangan komen, ramai juga yang memberi komen kurang manis.

Ada berkata tak elok tayang pekung sendiri untuk tatapan khalayak umum. Adalah lebih baik ianya untuk disimpan diri sendiri saja.

Ini komen netizen.

“Nak nyanyi tak salah, yang salah tu bila upload dan kasi semua orang tengok, kan boleh mengundang.”

“Mahu tunggang langgang pun tak pe Mak Wan, tapi lebih baik jangan upload video tu untuk umum.”

“Selama ni tengok Mak Wan sopan je, macam tak percaya Mak Wan ni yang saya tengok kat drama.”

Melihat pelbagai komen kurang baik ditulis, Mak Wan tampil memberi respon balas.

Jelas pelakon ini, nyanyi karaoke ini memang minatnya, dan ianya bukanlah satu kesalahan pun. Mak Wan juga menegaskan dia tak kacau sesiapa pun, hanya nyanyi untuk hiburkan diri.

Ini jawapan dari Mak Wan.

“Salah dan tak boleh ke Mak Wan nak karaoke? Mak Wan memang suka karaoke. Ada ke hukum mengatakan tak boleh, tak ada kan.”

“Mak Wan tak ada pun usik sesiapa. Mengapa sampai ada yang nak mengata pada Mak Wan. Karaoke ni untuk lepas kepenatan, lepas tekanan. Habis penggambaran pergi karaoke. Nak happy kan diri sendiri.”

Itulah komen dari Mak Wan tentang pergi karaoke.