“I am done” Shila Amzah dah penat asyik terima komen tak baik tentang saiz badan

3,797 views

Sekarang ni banyak pula kes yang telah melibatkan komen yang kurang enak ke atas selebriti yang naik saiz badannya.

Mula dulu, Datin Almy Nadia, isteri kepada Datuk Fizz Fairuz yang terkena, agak pedas juga komen yang dilemparkan seperti meminta pelakon berkenaan berhenti makan dan ada yang bertanya tak malukah saiz sebegitu.

Kemudian, isteri kepada Kamal Adli iaitu Uqasha Senrose ada luah rasa terkilan kerana terdapat komen yang pertikai bentuk tubuhnya ketika di satu event anugerah baru-baru ini.

Kata Uqasha, dia kini sedang bahagia dengan Kamal dan tak kisahlah dengan komen sedemikian.

Kini seorang lagi selebriti yang turut sama mendedahkan dirinya asyik kena komen yang sedemikian juga.

Selebriti yang dimaksudkan ialah penyanyi terkenal Shila Amzah.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ini, telah mendedahkan hal berkenaan menerusi satu entry di laman Instagram miliknya.

Dari posting berkenaan, Shila menunjukkan dirinya sedang bersenam dengan pemberat.

Caption yang ditulis berbunyi seperti ini: “I am done with komen yang kurang baik ini.”

“Bila kau masih lagi terima komen tentang saiz badan, tetapi sebenarnya kau sedang usaha untuk jadi sihat dari segi fizikal dan juga dari segi mental.”

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi komen semangat dan sokongan yang tak berbelah bagi kepada Shila Amzah.

Ramai menyatakan bahawa Shila ini tetap cantik, dan tak pelu nak mengambil tahu tentang komen yang tak baik itu.

Ini antara komen dari oramg ramai kepada Shila Amzah.

“Dah kahwin dan dah ada anak, apa lah yang mereka nak dari Sha lagi.”

“Awak tetap cantik, yang penting style kena jaga.”

Itulah kisah tentang Shila Amzah yang turut sama terkena komen berkenaan saiz tubuhnya.