“Dah menegur, kini hanya mampu berdoa..” Azhar Sulaiman tentang anaknya, Leona

2,591 views

Pelakon terkenal Azhar Sulaiman kini mempunyai anak perempuan yang agak terkenal di laman media sosial iaitu Kasih Iris Leona.

Bergelar sebagai influencer yang mempunyai ratusan ribu pengikut, Leona seringkali menjadi tumpuan dan bualan para netizen.

Antara topic yang sering kali dibualkan sudah tentu lah melibatkan penampilan dan fesyen yang digayakan oleh anak gadis Azhar Sulaiman ini.

Baru-baru ini pun, sekali lagi Leona ditegur oleh netizen kerana tampil agak terdedah sambil menari.

Menjawab tohmahan yang dilontarkan netizen, Azhar Sulaiman berkata dia dah cuba jalankan tanggungjawab sebagai bapa yang termampu.

Azhar Sulaiman dah pun menegur anak gadisnya itu, dan kini hanya mampu berdoa agar Leona akan menerima tegurannya itu.

“Saya ni umpama Kaza dan juga Normah Damanhuri, kami merupakan ibu bapa dan anak-anak kita bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, dah tentu beri teguran pada anak.”

“Benda yang kita tegur itu, bukannya mudah. Harap anak-anak akan fikir lebih jauh tentang impak serta kesannya secara total, bukan hanya pada diri mereka tetapi juga kepada family termasuklah ibu bapa.”

“Sebagai bapa, saya dah jalankan tanggungjawab menegur apa yang tak boleh dia nak buat. Namun jika dia masih buat, saya hanya berdoa agar dia berubah.”

“Dah tak boleh nak macam dulu, mnjerit atau mer0tan anak-anak waktu sekarang ni. Mereka dah besar. Kita doakan saja.”

Azhar juga berkata anaknya semua tak ikut jejak langkahnya menjadi pelakon. Semua ada minat masing-masing.

“Leona nak jadi peguam, dia akan sambung belajar dalam bidang law. Kembar dia kini dah bekerja. Kakaknya pula dah habis belajar dan katanya jadi ahli politik pula. Tak ada yang nak jadi pelakon ikut saya.”

Azhar Sulaiman dan isterinya Chempaka Emalin Pahamin mempunyai anak kembar Leona dan Andika manakala anak sulungnya seorang gadis bernama Kasih Leia Ixora.