Nama Shuk Sahar kembali jadi tajuk utama di portal hiburan tanah air. Kali ini wanita bernama Fara Salleh nampaknya ada embuat pendedahan yang agak sensai melibatkan pelawak ini.
Antaranya ialah satu video menunjukkan Shuk Sahar sedang duduk hanya memakai tuala di atas katil di sebuah bilik di hotel. Shuk ternyata amat terkilan kerana sekali lagi namanya naik dengan isu melibatkan wanita tersebut.
Katanya, video itu merupakan video lama yang disimpan oleh wanita berkenaaan. Malah Shuk dan isterinya Rossa Serra telahpun buat laporan polis kerana hal berkenaan.
Yang terbaru mallui satu sesi live, Shuk Sahara ada beri komen tentang kisah yang sedang melanda dirinya ini, dan ternyata terkilan dengan tindakan Fara.
Shuk berkata dia sedar, dia dah pun terima balasan di atas perbuatannya, ini termasuk kontrak ditamatkan di Hot Fm dan sebagai pengacara pula dikatakan ini adalah musim terakhirnya.
“Aku dah tak tahu lepas ni ada lagi ke tak station nak ambil aku kerja setelah macam-macam yang terjadi. So aku pun kini dah hadap bahagian aku. Jadi sebenarnya aku pun harap, dia akan ada part masing-masing lah. Barulah benda tu jadi adilkan.”
Melihat ruang komen, masih ada netizen yang menulis komen mahu Shuk Sahar berubah dan jadi lebih bertanggungjawab. Shuk berkata dia dah pun berubah dan tanya kembali apa yang perlu dia buat.
“Kamu semua mahu saya berubah jadi apa. Mengapa minta saya berubah lagi. Saya dah tak tahu nak berubah jadi apa dah sekarang ni. Yang minta saya ni untuk berubah, sebenarnya mahu saya berubah kepada apa lagi.”
Shuk juga telah memuji kekuatan isterinya Rossa Sera dan menyatakan dia tak akan jumpa wanita lain seperti isterinya lagi. Malah walaupun berkenalan dalam masa yang singkat, dia tetap bersyukur memiliki isteri seperti Rossa Sera.
“Tentang Serra, aku rasa sampai bila-bila pun aku takkan jumpa lagi perempuan macam dia ni. Dia sentiasa dengan aku selama empat tahun sampai sekarang, sentiasa ada teman aku. Aku amat bersyukur dapat jumpa Serra. Walau hanya kenal dia enam bulan, kitaorang bercinta enam bulan lepas tu terus kahwin.”
“Ye hanya kenal 6 bulan, mungkin sebab itu lah, Allah dah tentukan siapa yang terbaik untuk kita. Dalam enam bulan tu, Tuhan dah jumpakan aku dengan orang yang terbaik.”
Semoga Shuk Sahar akan terus menghargai jasa serta kesetiaan yang ditunjukkan oleh Rossa Serra, semoga bahagia.