Tak tahu sama ada boleh teruskan atau tak, Isa Khan

3,490 views

Pasangan tunang Isa Khan dan Risteena Munim antara pasangan yang selalu tayang kemesraan di laman media sosial. Banyak video sweet antara mereka berdua ni sepanjang menjalinkan hubungan cinta.

Dalam perkembangan terkini tentang hubungan mereka, Isa Khan dan Risteena masih belum pasti sekiranya mereka boleh untuk buat majlis perkahwinan pada tahun ini.

Menurut rancangan awal, majlis pernikahan kedua pelakon ini sepatutnya berlangsung pada bulan November, namun kerana wabakpendemik yang melanda dan adanya perintah kawalan, semua ini menjadi halangan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Ini komen dari Isa Khan tentang hal ini: “Memang rancangan awalnya, kami akan nikah sekitar bulan November namun kini PKPB berlaku dan kita tidak pasti jika boleh teruskan majlis ini ataupun tidak. Kemungkinan besar kita kena tunda majlis perkahwinan kami. Buat masa sekarang mahu tunda ke tarikh baru tu belum dapat dipastikan lagi”.

Jelas Isa Khan lagi, dia ada merancangan untuk buat majlis perniakhan saja dulu dan hanya akan dihadiri oleh tetamu yang rapat sahaja.

Memang plan nak majlis akad nikah sahaja pada tahun ini. Majlis resepsi mungkin akan diadakan pada awal tahun depan. Kami rancang nak buat gathering untuk family, rakan dan pihak media tetapi hanya dalam kuantiti yang sikit sahaja”.

Namun, rasanya itu pun dah tidak dibenarkan lagi. Jadi kami pun tak pasti lagi macam mana. Sekarang ni kita kena tengok keadaan wabak ini macam mana. Belum pasti lagi sama ada nak tunda semuanya ke tahun depan atau pun tak”.

Isa Khan telah melamar Risteena pada bulan November tahun 2019 di Bali, Indonesia. Pada awal bulan Disember, pasangan ini telah buat pengumuman pertunangan mereka di Putrajaya.

Kisah sweet antara Risteena dan Isa Khan sering jadi bualan ramai, tapi yang pasti mereka sedang bahagia dengan hubungan ini. Semoga hubungan ini dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya.