Saya pun terkejut, Niezam Zaidi terkejut pengumuman Nonny Nadirah

3,750 views

Niezam Zaidi nampaknya tak jadi untuk mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nonny Nadirah. Hubungan mereka berdua ini disahkan telah berakhir setelah Nonny sendiri membuat kenyataan di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi satu temubual di mStar, Niezam sendiri juga terkejut dengan pengumuman tersebut yang di buat oleh Nonny pada hari jadi Niezam yang ke 28 tahun.

“Kitorang ada berborak tentang hal ini, tetapi saya tak tahu di hari jadi saya, yang saya dapat berita sedemikian. Tapi kiotang memang tidak tahu macam mana nak bagitau pihak media dan masyarakat, saya akui saya pun terkejut. Apapun keputusan sudah dibuat dan saya hormat keputusan dia, dia pun hormati semua keputusan saya”

“Cuma saya nak minta maaf pada family dia, pada Nonny, family saya juga dan pada peminat jika ada yang hampa, doakan untuk kitorang”.

“Putus cinta tapi tak putus silaturrahim, belum jodoh. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan”.

“Saya percaya ada hikmah setiap yang berlaku itu. Allah lebih kenal diri saya berbanding diri saya sendiri”.

Kemudiannya, ada isu yang mana, ada pihak yang tanya , tentang ada unsur mistik, seperti buatan orang, yang jadi punca perpisahan ini. Kerana sebelum ini pun, diketahui Nonny pernah kena buatan orang.

Niezam Zaidi menyatakan dia tak tahu akan hal berkenaan. Namun jika betul hal ini terjadi, dia harap individu akan terima balasannya dia akhirat kelak.

“Tak ada komen tentang isu dan tak tahu hal tu. Tapi, kalau betul kisah ini, semoga siapa yang buat, siapa yang ganggu Nonny tu, diharapkan nanti carilah dia di Padang Mahsyar kelak. Jangan kacau oranglah, orang tak kacau kau kan”.

“Nonny seorang insan yang hebat, Alhamdulillah saya dipertemukan dengan dia, Niezam dengan Nonny taka da masalah, Niezam ada masalah dengan diri sendiri”.

Ini video tembual dengan wartawan mStar

Pada 26 Oktober yang lalu, sempena hari lahir Niezam Zaidi, Nonny mengejutkan ramai setelah membuat pengumuman perpisahan mereka di Instagram.