“Takkan saya nak salahkan takdir” Zizan Razak dah usaha nak kahwin

1,181 views

Semua pun tahu Zizan Razak sudah banyak kali menjalin hubungan dengan wanita, namun semuanya berakhir di tengah jalan.

Sehingga kini, di usia sudah pun masuk 38 tahun, pelawak, pelakon dan pengacara popular ini masih belum temui jodohnya.

Ditanya tentang soalan berkaitan jodoh, Zizan Razak berkata semua aturan dari Illahi, Yang Maha Esa.

Secara jujur, Zizan ada memasang niat untuk berkahwin di usia 25 tahun, namun ternyata ianya tidak menjadi kenyataan.

“Saya tak pernah cakap kepada umum, sebenarnya saya memang ada mensasarkan untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun.”

“Memang dah berusaha untuk berkahwin, tetapi ianya tak menjadi. Jodoh ini semuanya dari Allah, jika Dia tak izinkan saya redha saja. Takkan saya nak salahkan takdir.”

Sungguhpun belum ada rezeki bertemu jodoh yang dicari, Zizan Razak tetap bersyukur dengan semua rezeki lain yang dikurniakan kepadanya.

“Apa yang saya fikirkan, jika Allah tak beri saya rezeki bertemu jodoh, Dia akan beri juga rezeki lain. Tiada sebab pun untuk tak rasa bersyukur.”

Di usianya sebegini, Zizan Razak telah menyerahkan jodohnya kepada ibunya.

“Secara jujur, saya kini serah soal jodoh pada ibu saya. Jika dia kata okey, maka saya akan tengok, dan kalau okey, kami akan berkahwin.”

Tentang soal jodoh dikalangan artis, Zizan sebenarnya tidak kisah pun, kerana semuanya adalah manusia juga.

“Memang ada pihak yang cakap, jangan cari dari golongan artis, namun saya ni tak kisah pun. Artis tak baik sangat ke. Kenapa tak boleh saya kahwin dengan artis lain.”

“Artis ini pun manusia juga. Kita tak tahu pengakhirannya macam mana. Janganlah mahu label orang macam kita sendiri tak buat salah dan silap.”

Selain terkenal sebagai pelakon dan pelawak, Zizan juga amat aktif berniaga antaranya pernah buka kedai burger, kedai bengkel dan juga kedai serbaneka. Kini Zizan sibuk dengan kedai makan Ktown BBQ, kedai makan Korea.