“Saya heret semua ke mahkamah” Teman lelaki mahu saman keluarga Amy pula

15,272 views

Ini sedikit kisah tentang wanita yang cuba menjadi comedian, yang akhirnya menanggalkan bajunya di ketika buat show. Wanita ini bernama Siti Amira Natasha atau Amy.

Kini sedang menjadi bualan ramai pula tentang individu yang dikatakan kekasih kepada Amy iaitu Alex.

Dari alporan Oh My Media, khabarnya, Alex telah bertelagah dengan family Amy sehingga mahu menyaman keluarga wanita berkenaan.

Satu rakaman telah diupload oleh Malaysia Most Virall apabila, lelaki mengaku dirinya peguam kepada Amy telah hubungi abang kepada Amy untuk menyiasat suatu isu.

Lelaki itu memberitahu dah hubungi ahli keluarga Amy namun tak ada sesiapa yang mahu menjawab.

Peguam itu dilihat kurnag puas hati dan terus bertanya.

“Dengar sini ye, sesiapa dalam family kamu ada menguguti Siti Nur Amirah Abdullah. Siapa pak cik dia yang buat tu.”

“Saya ni mualaf dan saya juga seorang muslim. Saya tanya kamu, siapa sekarang yang buat begitu pada isteri saya.”

Abang kepada Amy dilihat tetalh meminta lelaki berkenaan mengucap dua kalimah syahadah kerana mengaku seorang Muslim, namun tidak dilakukannya.

“Kalau nak saya mengucap, boleh di mahkamah. Nak mengucap apa dengan saya.”

Dikatakan Alex dah pun hubungi ibu Amy sebanyak 45 kali untuk bertanya hal berkenaan akan tetapi ianya tidak berjawab.

Dengan tegas, abang Amy terus meminta lelaki itu untuk mengucap dulu sebelum dia menjawab sebarang soalan.

Alex kemudian dilihat seakan dah naik angin.

“But0h kau ni suruh aku mengucap. Perempuan saya telah pun diugut. Mengucap kepalah otak kau. Kamu jumpa saya di dalam mahkamah. Kau ni siapa? Mengucap kepada hotak kau.”

“Kamu ni dah gagal, tak dapat nak lindungi seorang wanita.”

“Perbualan ini saya rekod. Saya akan tunjukkan kamu, abangnya, apa nama kamu? Sebut nama kamu. Nama saya, Alexanda Chandran. Suami kepada Amirah. Iskandar Zulkarnain, nama mualaf saya.”

Alex kemudian berkata dia akan heret semua ahli keluarga Siti Amira Natasya atau Amy itu ke mahkamah.

Ini videonya:

Sehingga kini, Alex dan Siti Amirah Natasha atau Amy kini sedang ditahan reman oleh pihak berkuasa.