Tergamak buat macamni- Umie Aida

11,461 views

Ada satu berita yang agak memeranjatkan apabila, pada hari Selasa lepas, seramai 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah. Ini setelah kerajaan Arab Saudi tak bagi kebenaran kemasukan buat mereka untuk menjalankan ibada haji pada tahun ini.

Datin Seri Umie Aida dilihat tak dapat tahan dah dan terus luah rasa kesian dengan kisah yang melanda 26 jemaah haji dari Malaysia yang terkandas dek penangan ejen pelancongan yang uruskan perjalanan haji.

Pelakon ini berkata dia memang amat tak sangka ada pihak telah buat perkara seperti itu apatah lagi mereka hanya nak buat amalan mulia iaitu mengerjakan ibadah haji.

“Astagfirullahalazim… tergmk trvl agent buat gini pd jemaah yg ingin kerjakan ibadah haji. Semoga Allah beri hidayah pd mereka.

“Sama kita doa 26 jemaah yg terkandas Allah berik rezeki tahun depan utk bt ibadah haji dan beri ganjaran ats kesabarn lalui ujian ini. Amin”.

Hal ini ditulis menerusi Instastory miliknya pada hari Khamis, semalam.

“Smga Allah beri kesihatan yg baik dn kesabaran pada kita semua jemaah haji dlm mengerjakan ibadah kpd Allah dn kita semua mendapat haji mabrur. Amin,”

Di saat ini Umie Aidan turut berada di kota Mekah untuk buat ibadah haji ditemani suaminya iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika ini, ramai juga artis yang buat ibadah haji. Antaranya ialah Umie Aida, Neelofa Erra Fazira, Ashraf Muslim, Amira Othman Wany Hasrita dan juga PU Riz.

Tentang Jemaah yang telah terkandas, kesemua mereka telah kembali ke Malaysia, dan mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada hari Rabu.