“Terima kasih semua” View Chin tabur duit raya, dapat sambutan ramai, ditonton 50ribu orang

15,373 views

Kisah antara ahli perniagaan yang juga seorang influencer iaitu View Chin dengan bekas isteri Shermine Hau dan juga pekerja bernama Mira, memang dah diketahui orang ramai. 

Setelah kisahnya diketahui ramai, View Chin mengambil keputusan untuk berehat seketika dan bercuti, apatah lagi ketika itu sudah hampir untuk sambutan hari raya aidil fitri. 

Kini, setelah lama bercuti, View Chin telah kembali masuk ke office dan mula bekerja. 

Malam tadi, View Chin telah kembali buat satu sesi live di laman media sosial miliknya. 

Pemilik syarikat View Fashion ini telah mengadakan satu sesi live di laman Tiktok yang mempunyai lebih dua juta pengikut, satu angka yang cukup besar. 

Semasa di sesi live tersebut, View Chin telah mengumumkan untuk memberi duit raya kepada orang ramai. Duit yang diberikan sempena hari raya itu sebanyak RM50. 

Ternyata View Chin berjaya menarik perhatian orang ramai dan sesi itu boleh dikatakan telah sukses. 

Iannya telah menerima begitu banyak respon sehingga mendapat likes sepuluh juta lebih. 

Manakala ada satu masa, sesi live berkenaan ditonton lebih kurang 50ribu viewer dalam satu masa. 

Melihat begitu ramai yang menonton, View Chin menganggap ianya satu kejayaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua. 

View Chin juga berkata dia akan terus berusaha dan akan buat comeback. 

Dalam pada itu, ramai yang menulis komen mahu duit raya. 

Antara respon lain ialah apabila ada orang nak beri duit raya, jangan menolaknya kerana itu rezeki. 

Ini antara komen netizen. 

“Rezeki jangan ditolak, kita nak duit raya saja.” 

“Beri duit raya, sampaikan dah 50 ribu viewers yang masuk.” 

“Bagi duit raya, semua terus lupa ke apa yang dia buat.” 

Beberapa hari yang lalu, View Chin sudah mula masuk ke office setelah lama tidak menjejakkan kakinya ke situ. 

View Chin juga ada menunjukkan keadaan tangga di pejabatnya itu yang pernah menjadi tular sebelum ini. 

Dalam pada itu, View Chin juga kembali muatnaik video lakonannya bersama staff di laman media sosial. 

View Chin dilihat berlakon bersama salah seorang pekerjanya yang paling disukai ramai iaitu watak bernama anak datuk.