Datuk Hattan tengah baring ketika jawab call

10,239 views

Semua dah maklum tentang satu isu yang melibatkan penyanyi Datuk Hattan dengan seorang pembaca berita Astro Awani iaitu Nursyazwani Saiful Sham ketika satu temubual secara langsung berkaitan pemergian penyanyi Mael dari kumpulan Xpdc. 

Ramai orang di luar sana yang kurang gemar dengan tindakan Hattan yang dilabel sebagai tiada adab ketika berbicara dengan Nursyazwani. 

Melalui satu pendedahan, rakan kepada Hattan iaitu Salimey telah bercerita sedikit tentang apa sebenarnya yang terjadi ketika perbualan telefon berkenaan. 

Jelas Salimey, dia ada menonton temubual di Astro Awani itu lantas terus menghubungi Hattan untuk bertanya apa yang berlaku, 

Salimey mendedahkan Hattan memang tak tahu menanu bahu perbualan atau panggilan untuk temubual itu dibuat secara live. 

“Saya ada hubungi terus Datuk Hattan untuk bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya tanya ialah Datuk tahu ke yang panggilan tadi itu dibuat secara live.” 

“Jawapan dari Datuk Hattan yang diberikan ialah, apa live? Aku tak tahu, katanya.”

“Kemudian saya ada bertanya lagi, biar betul Datuk tak tahu? Datul Hattan berkata, tak tahu, aku tengah baring mereka call tanya soalan, aku jawab la macam biasa saja.”

Kata Salimey lagi, dengan keadaan sebegitu, Hattan hanya bersembang secara santai saja.  

“Kalau kita berada di situasi sebegini mungkin kita pun akan beri jawapan macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Datuk Hattan, oh ye ke.”

Bagi pendapat Salimey, tidak wajar orang ramai terus meletakkan kesalahan kepada Hattan kerana dia tidak tahu semuanya dibuat secara langsung untuk siaran Astro Awani.

“Tak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada Datuk Hattan sebabnya beliau pun tak diminta untuk ditemubual dalam siaran berita tersebut.”  

“Sebaliknya pihak penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberikan kepada panel dan juga pembaca berita berkenaan.” 

Itulah pandangan dari pihak Salimey, yang merupakan rakan kepada Datuk hattan berkenaan isu penyanyi tersebut dengan pembaca berita Astro Awani.  

Sementara itu, Nursyazwani dan juga Datuk Hattan kedua duanya tidak mahu memberi sebarang ulasan lanjut tentang isu berkenaan.