House tour rumah raya Nabila Razali, memang cantik

24,075 views

Nama Nabila Razali sudah tak perlu diperkenalkan lagi di tanah air kita ini. 

Bermual sebagai penyanyi, Nabila Razali yang lebih dikenali dengan nama Bella ini sudah pun menceburi bidang lakonan. 

Banyak lakonannya yang sudah ditayangkan di kaca televisyen seperti drama Hikayat Cinta Pematah Hati, Cik Reen, Seindah Tujuh Warna Pelangi, Kebaya Kasut Merah dan Mem, Bibik. 

Dengan kerancakkan kerjaya Nabila Razali dalam bidang nyanyian serta lakonan, dah tentunya Bella kini dah mampu memiliki aset idaman. 

Nabila Razali telah pun memiliki sebuah rumah idamannya hasil kerja kerasnya selama ini. 

Rumahnya itu dikatakan terletak di Selangor berdekatan dengan rumah kediaman family Bella. 

Menerima kunci pada tahun 2021, kini rumah Nabila Razali telah pun siap sepenuh dengan dekorasi yang amat cantik pada tahun ini. 

Jelasnya, konsep yang diguna pakai ialah bertemakan konsep minimalis saja. 

Jom layan house tour rumah milik Nabila Razali ini. 

Memang cantik betul hiasan serta susunan atur rumah Nabila Razali ini, sejuk mata memandangnya. 

Apa yang menarik perhatian sudah tentunya kelihatan sebuah motor jenis Vespa yang diletakkan di ruang masuk rumah Nabila Razali. 

Sebagai peminat motor Vespa, motor berkenaan merupakan edisi terhado yang dimiliki oleh Nabila Razali. 

Tahniah buat Nabila Razali kerana berjaya memiliki rumah idaman yang amat cantik, sudah tentu boleh jadi inspirasi buat anak muda di luar sana. 

Sedikit info, Nabila Razali mula dikenali setelah menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim ke 10 pada tahun 2013, bersama peserta lain seperti Hael Husaini, Amira Othman yang kemudiannya dimenangi oleh Faizul Sany. 

Antara lagu Nabila Razali yang jadi siulan sehingga kini ialah Katakan Saja, Cemburu, Pematah Hati, Vroom, dan juga Peluang Kedua.