Satu Malaysia telah kecoh tentang isu kehilangan akaun laman media social Twitter @cheaminahsayang milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikatakan telah ditutup.
Akibat daripada insiden tersebut, berita tersebut telah jadi viral dengan #AmpunTuanku. Para netizen speku bahawa kehilangan akaun tersebut adalah berkaitan dengan tindakan segelintir rakyat marhaen yang telah menyiindir dan memperrlekehkan Raja Permaisuri itu.
Hasil daripada report yang telah di laporkan oleh rakyat marhaen, pihak polis sedang giat untuk mencari beberapa orang yang terlibat dengan kes tersebut.
Namun, satu perkara menyentuh hati berlaku apabila puteri kepada Tunku Azizah, iaitu Tengku Puteri Iman Afzan memberitahu satu kenyataan terkini. Menerusi laman akaun Twitternya @tengkuafzan1, puteri ini telah berkongsi kenyataan yang di keluarkan sendiri daripada Raja Permaisuri Agong kepada rakyat jelata semua.
Tunku Azizah menyatakan punca kenapa baginda telah menutup akaun laman sosial Twitternya adalah bukan kerana perasaan sedih ataupun marah dengan komen kurang enak yang dilemparkan kepadanya. Malah sebenarnya, permaisuri sendiri sebenarnya tidak membaca mahupun sedar dengan isu berkenaan.
Alasan yang di beritahu kepada umum bahawa penutupan akaun Twitter itu dilakukan kerana alasan peribadi serta Permaisuri Agong juga memohon jangan membuat laporan polis terhadapat sesiapa pun.
Ini tulis Tengku Afzan: “Tuanku Permaisuri harap agar semua orang dapat hormati apa yg Tuanku mahu. Tuanku Permaisuri juga tak mahu orang ramai cepat menilai jika tak tahu perkara yang sebenar”
Disebabkan apa yang telah diberitahu oleh Tengku Afzan itu telah membuatkan netizen sangat terharu dengan kebaikan dan keikhlasan yang dilakukan oleh baginda.
Ramai golongan netizen juga telah berharap agar Raja Permaisuri Agong yang dikasihi ramai dapat kembali semula ke laman sosial Twitter baginda.
Sememangnya Tunku Permaisuri Agong mempunyai sifat yang sangat perihatin serta penyayang sejak dari dahulu lagi Cuma ramai saja yang tidak tahu.
Bagi penduduk rakyat negeri Pahang khususnya telahpun mengetahui akan sikap rendah diri dan mengambil berat yang dilakukannya sebelum lagi Tuanku menjadi Raja Permaisuri Agong. Doakan yang terbaik buat Tuanku Permaisuri Agong kita, amin.