Tiga selebriti cemerlang dalam bidang pelajaran, Vanidah Imran dapat Master

4,354 views

Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Vanidah Imran, Intan Najuwa dan Wani Kayrie, masing-masing membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan kerja dalam bidang seni, ianya tidak menjadi penghalang untuk success dalam bidang mencari ilmu dan menyambung pelajaran, tak kisah di peringkat diploma, degree mahupun master.

Ketiga-tiga selebriti ini menjadi teladan yang baik setelah kesemuanya berjaya dalam study mereka baru-baru ini.

Pelakon cantik, Vanidah Imran telah berjaya membawa segenggam ijazah master dari University Malaya. Vanidah Imran telah graduate dalam Sarjana Seni Persembahan Drama.

Vanidah Imran berkata dia dedikasikan kejayaannya berjaya dapat Master itu kepada ayahnya.

“Masters degree saya ini secara spesifik saya dedikasikan kepada cinta hati pertama saya iaitu penasihat saya, pemberi motivasi saya, tak lain tak bukan ayah saya, Haji Imran Abdullah.”

“Saya berada di sini menerima Master kerana abah. Semua restu, segala redha dan juga berkat setiap doa abah kepada saya.”

Kemudian pelakon Intan Najuwa pula telah membuktikan dia bukan hanya hebat berlakon namun hebat juga dalam pembelajaran.

Ketika ini, Intan Najuwa sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang jurusan undang-undang di BAC college di Singapore.

Walaupun busy, Intan telah berjaya score “A” dalam dua subjuk yang agak sukar iaitu Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Kontrak dalam exam akhir semester.

“Semua ini merupakan hasil saya study sampai tak tidur malam dan kini akhirnya berbalas. Jom mara ke semester seterusnya.”

Ramai yang memuji Intan Najuwa dan mengatakannya seorang yang beauty with brain.

Seorang lagi artis iaitu Wani Kayrie turut cemerlang dalam study nya. Wani kini sedang melanjutkan pelajaran dalam course Bachelor In Law and Commerce di MSU.

Wani Kayrie turut menyerlah dan berjaya mendapat 4 A dari 7 subjek semuanya, dalam peperiksaan akhir semester yang ke lima baru-baru ini.

“Sememangnya tak senang nak belajar sambil bekerja ni. Apatah lagi, sekarang ni Wani full time student kat MSU Malaysa, memang kena seimbangkan antara kerjaya dan juga study.”

“Memang macam owl berjaga malam nak kena siapkan semya kerja dan juga assingnment. Sampai buat kat set. Apapun kena percaya pada diri sendiri.”

Tahniah kepada ketiga selebriti ini, semoga terus cemerlang dalam semua bidang yang disertai.