“Terpeleot lidah aku” Neelofa sampai berbelit lidah cakap Arab, ramai terhibur

2,088 views

Baru-baru ini, Neelofa ada meluahkan perancangannya untuk berhijrah ke negara Arab, demi mengikut suaminya iaitu Pu Riz untuk belajar di sana.

Jelas Neelofa, selain mengikuti suami, dia juga amhu mengukuhkan serta mendalami Bahasa Arab dengan lebih baik.

Juara Dewi Remaja ini juga mahu mendedahkan anaknya, Bilal dengan dunia serta persekitaran di tanah Arab.

Yang terbaru, Neelofa ada cuba untuk berbicara dan berdialog dalam Bahasa Arab.

Menerusi satu video, Neelofa ada buat satu video bersama suaminya, Pu Riz, berjalan memegang kuda. Mereka berdua berlakon bersama melontarkan dialog dalam Bahasa Arab.

Apa yang kelakarnya, Neelofa secara selamba menagkui dia sampai terpeleot iaitu berbelit lidah nak cakap Bahasa Arab, maklumlah bukan bahasa yang biasa diungkapkan.

“Feeling tak sis, sampai terpeleot lidah aku.” Tulis Neelofa.

Betapa sempoinya Neelofa, yang akui dia berbelit lidah ketika nak berdialog dalam Bahasa Arab itu, telah menggunakan perkataan terpeleot dan itu ternyata menghiburkan para peminatnya.

“Baru nak wah, kak Neelofa cakap terpeleot hilang kejap insecure, haha.”

“Neelofa ni memang kelakar, bila part terpeleot itu.

“Fuh dah macam menonton cerita Razia Sultan.”

“Buat iklan pun dah best, kalau buat drama lagi best ni.”

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memberi translation dialog berkenaan. Ini tulis seorang peminatnya.

PU Riz: “Apa dekat tangan kamu ni wahai isteriku.”

Neelofa: “Ini inai dari Nunha.”

Sehingga kini, video berdurasi selama 15 saat itu menjadi tular dan sudah pun ditonton sebanyak lebih dari dua juta tontonan hanya dalam masa seminggu saja.

Ini video dari Neelofa dan juga Pu Riz itu.

Neelofa dan Pu Riz kini ada mengeluarkan inai jenama Nunha yang sudah memasuki pasaran khas buat peminat dan pengguna inai.