Ini kronologi penuh, Datuk A Aida menyaman pelakon Amelia Henderson, Idris Khan

5,965 views

Penerbit Datuk A Aida, 52 tahun, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pelakon terkenal iaitu Idris Khan, 33 tahun dan juga Amelia Henderson, 26 tahun.

Ini kerana kedua pelakon berkenaan telah bertindak untuk menarik diri daripada membintangi drama terbitan Aida berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali pada saat akhir tanpa sebab yang munasabah.

A Aida memberitahu dia menanggung kerugian yang besar dan akan menyaman kedua pelakon berkenaan.

“Dah hilang kata-kata. Kita semua dah sign kontrak, lama dah, malah mereka pun dah ambil bayaran sebanyak lima peratus.”

“Paling saya tersentak apabila Idris Khas cakap dia accept offer berlakon drama ni sebab ada Amelia, oleh itu setelah Amelia menarik diri, Idris pun tarik diri sama. Memang amat mengarut, sangat tak professional.”

Datuk A Aida berkata dia tak akan pujuk kedua-dua pelakon berkenaan kerana sebelum ini pihak pengarah drama ada cuba berbincang.

“Nak pujuk memang tak, no way. Sebelum ni banyak kali pengarah Riza ada ajak berbincang tapi tak dijawab. Oleh itu kami anggap mereka dah tak nak.”

“Ketika skrip reading datang, dah terangkan karakter dan dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar, habis beratus ribu. Ini projek bernilai RM1 juta. Drama ada 28 episod.”

Aida bertambah geram dan kecewa kerana mereka patut jalani penggambaran pada 16 Jun namun pelakon berkenaan menarik diri pada 15 Jun.

“Bayangkanlah sorang tu, kata tak jadi pada malam sehari sebelum nak start penggambaran, sorang lagi tu pula esok paginya.”

“Amelia Henderson naik kerana berlakon dalam drama saya iaitu Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, masa mula tu Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya. Dia tu dari kayu, sebab tak pernah berlakon.”

“Memang tak sangka betul saya dia berperangai macam ni, sangat tak profesional.”

Jelas Aida lagi, antara kerugian yang dialami adalah dalam lingkungan RM150ribu. Aida juda menegaskan dah tiada lagi nama Idris Khan dan juga Amelia dalam kamus produksi miliknya selepas ini.

Pihak pengarah iaitu Riza berkata, Amelia memberi sebab bahawa skrip tak kena dengan dirinya.

“Ketika pembacaan skrip, dua mereka nampak berminat. Tapi setelah pihak Amelia kata skrip tersebut tidak memenuhi kehendak dia, dia buat keputusan untuk tarik diri.”

“Saya ada pujuk tapi bila orang dah tak mahu, saya tak boleh nak buat apa dah.”

Pihak Datuk A Aida telahpun melantik peguam untuk menyaman Amelia Henderson dan juga Idris Khan.