Teruk kena dengan netizen, sebab free hair, akhirnya Nik Nazira bersuara

7,676 views

Pasangan baru berkahwin, penyanyi Yonnyboi dan isterinya Nik Nazira antara yang menjadi tumpuan lensa kamera para media ketika hadir di acara Anugerah Juara Lagu hari Ahad lalu.

Ini disebabkan penampilan Nik Nazira yang sudah tidak lagi memakai tudung atau berhijab.

Sebelum ini, isteri Yonnyboi ini tampil mengenakan tudung ketika bernikah dan hanya mempunyai gambar berhijab saja di laman sosial.

Ternyata penampilan Nik Nazira ini membuatkan netizen tertanya-tanya apa yang berlaku kepada wanita berumur 23 tahun ini.

Menerusi laporan Mstar, Nik Nazira akhirnya tampil menjawab, dan berkata sebenarnya dia pun baru saja bertudung dan masih lagi dalam proses nak belajar.

“Sebenarnya saya ni masih baru lagi pakai tudung, mahu cuba-cuba. Yang dah lama kenal saya dan dah tahu tentang saya, mereka meang tahulah.”

“Bukannya saya dah bertudung sebelum ni, dan sekarang ni baru buka, bukan macam tu. Saya sedang belajar dan mencuba bertudung mula sejak PKP lepas.”

“Setiap orang akan ada jalan mereka masing-masing, kita ni manusia tidak boleh sempurna dalam sekelip mata. Saya tak kisah pun orang cakap apa.”

Agak teruk kena dengan netizen, Nik Nazira mengambil inisiatif tak ambil peduli malah tak membaca komen-komen berkenaan.

“Secara jujur saya cakap, memang saya tak buka Facebook, dan tak baca pun apa komen mereka tulis tu. Tak ada rasa apa pun. Apa mereka nak cakap, terpulanglah pada mereka.”

“Suami saya memahami situasi saya dan kami pun sama-sama belajar nak baiki diri.”

Sebelum ini, Yonnyboi yang turut bertanding di pentas akhir AJL, ada mengatakan, isterinya masih muda, dan dia pun tak ada nak memaksanya. Antara ayat yang digunakan ialah isterinya seorang yang bertudung casually.

Isteri saya masih muda. Dia memang belum bertudung sepenuhnya, tengah belajar. Dah tiga tahun saya dalam industry, kata-kata dari orang luar tu saya dah lali.

Itulah jawapan Yonnyboi dan isterinya Nik Nazira.