Semalam, ramai juga terkejut setelah pengacara terkenal Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA, diumumkan telah digugurkan dari rancangan Mic On musim kedua.
Pengumuman itu dibat oleh produksi dan penerbit Awesome TV menerusi satu kenyataan oleh ketua eksekutifnya, Datuk Adam Ilyas.
Ditanya oleh media, Azwan Ali akhirnya memberi komen tentang hal itu.
“Pihak mereka boleh cakap apa je, saya persilakan. Tunggulah saja nasib mereka, karma itu pasti akan ada. Allah maha kuasa.”
“Saya ni tidak ada rasa apa pun, saya ni masih lagi kaya-raya dan telah disambar banyak produksi. Saya langsung tidak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ciput ni. Sebenarnya saya buat ni pun hanya demi peminat saya.”
“Mereka juga boleh nak pertahankan crew serta wakil pengurusan, namun ingat, saya ni ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya.”
Selain itu, Azwan Ali mahu pihak Awesome TV membayar payment secepat mungkin atau berdepan dengan report polis.
“Bayar hutang saya sebelum saya buat report polis. Payment dah lah ciput. Jangan sesekali nak menggelupur gunakan orang, saya tidak hadap.”
“Penonton semua tonton Mic On kerana ada saya. Jadi janganlah nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka ni besar sangat. Mereka boleh aniaya saya, tunggu karma yang akan menanti mereka.”
Azwan Ali berkata dia akan ambil tindakan undang-undang, jika payment tak dilangsaikan.
“Ada benda dah terjadi, tapi jangan tanya saya, tanya mereka, apa terjadi dalam Awesome TV punya management. Saya tidak mahu dedahkan, sila suruh mereka buat kenyataan media.”
“Saya boleh datang ke balai polis bila-bila masa saja dan boleh guna khidmat peguam saya. Selagi saya tak dapat bayaran jangan terkejut kalau ini jadi kes polis nanti.”
Itulah kenyataan dari Azwan Ali tentang isu dirinya digugurkan sebagai hos untuk rancangan Mic On terbutan Awesome TV.