Ada individu kurang senang program ‘Geng Subuh macam Jumaat’ dari Alif Satar

1,471 views

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar kini amat giat mengajak orang ramai untuk sama-sama sertainya dalam program geg subuh macam jumaat. 

Program ini mengajak prang ramai untuk mengerjakan solat subuh secara berjemaah sama seperti mengerjakan solat Jumaat. 

Untuk tahun baru yang lalu, pada tarikh 1 January 2024, Alif Satar telah membuat satu program di masjid yang mendapat sambutan luar biasa. 

Seramai 3 ribu jemaah telah bersama sama dengan Alif Satar bersolat subuh di masjid di Bukit Damansara. 

Setelah selesai solat, mereka kemudian mendengar tazkirah dari ustaz jemputan. 

Kemudian, mereka semua melakukan aktiviti beriadah iaitu berlari sejauh 5 kilo meter. 

Jamuan makan-makan turut disediakan buat semua yang hadir ke program tersebut. 

“Selalunya Alif akan run sorang-sorang lepas subuh. Syukur hari ni lebih kurang 3 ribu orang sama-sama Alif run pagi ni.”  

Program ini ternyata mendapat reaksi yang positif dari warga maya di seluruh Malaysia. 

Ramai yang memuji kesungguhan Alif Satar untuk mengimarahkan masjid terutama solat subuh secara berjemaah. 

Namun begitu, tak semua memberikan komen yang positif. 

Nampaknya ada juga individu yang memberi komen sindirian dan kurang senang tentang program Alif Satar itu. 

Individu itu menulis dengan kata sinis bahawa mereka yang hadir kerana Alif Satar saja. 

“Kesian, nak sembahyang pun kena ada influencer. Pergi masjid sebab Alif Satar ke.” 

Melihat komen sedmikian, ramai juga yang terkejut kerana masih ada lagi individu yang kurang senang dengan aktivit yang bagus seperti ini. 

Rata-rata terus memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada Alif Satar. 

Malah Alif Satar kini juga merancang untuk membuat satu lagi program yang sama, di lokasi yang lain pula tak lama lagi. 

Semoha usaha Alif Satar ini akan lancar dan terus sukses.