“Tom bukan perampas, saya dah 3 bulan tak bersama isteri” Ini penjelasan Fuad Rahman

3,933 views

Dua peserta Gegar Vaganza musim ke sembilan iaitu Fuad Rahman dan Tom kini secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta. 

Akan tetapi timbul pula tanda tanya apa sebenarnya status Fuad Rahman, adakah bujang, duda atau pun suami orang. 

Ini disebabkan, ada yang mengatakan bahawa Fuad sebelum ini pernah berumah tangga di awal tahun 2022. 

Melalui laporan Mstar, akhirnya Fuad Rahman menjawab dakwaan yang mengatakan Tom sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya. 

Fuad menegaskan bahawa Tom bukan seorang perampas dan menjadi punca dia dan isteri mahu berpisah. 

Penyanyi dari Singapore ini akui dia dan isteri kini sedang dalam proses penceraian, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. 

Perkahwinan Fuad Rahman awal 2022

Jelas Fuad, dia dan isteri telah bersepakat untuk berpisah kerana tak ada lagi persefahaman malahan sudah tidak tinggal bersama sejak tiga bulan lalu.   

“Saya dan isteri saya dah tiga bulan tidak tinggal bersama. Kini dalam proses untuk urusan perceraian di mahkamah. Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya untuk bercerai.”  

“Perkahwinan kedua saya hanya mampu bertahan selama enam bulan saja. Kami sepakat untuk jalani haluan masing-masing sebab tiada lagi keserasian.” 

“Orang boleh nak cakap apa pun sebab mereka tidak tahu hal sebenar. Bekas isteri saya pun tahu hal ini. Dia pun harap urusan kami akan selesai dengan segera.” 

Fuad berkata, dia terbuka untuk menyatakan sedang jalin hubungan dengan Tom agar tiada orang salah faham. 

“Saya terbuka untuk bercerita tentang hubungan dengan Tom kerana saya tak nak ada orang yang ternampak kami dan salah anggap.” 

Selain itu, Fuad juga akui pernah bercinta dengan Tom pada tahun 2005, namun hubungan berkenaan terputus setelah Fuad ditahan di dipenjara.  

“Kami kenal sejak tahun 2005 dan jalin hubungan on, off. Pada tahun 2010 saya ditahan dan dikenakan hukuman penjara. Sejak itu kami berpisah dan dia bawa diri ke Langkawi.” 

 “Saya mahu menebus semual hal yang lalu kepada Tom.” 

Itulah penjelasan dari Fuad Rahman tentang kisahnay dengan Tom.