Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman diketahui dah lama mempunyai isu dengan kesihatannya.
Selebriti berumur 58 tahun ini memberitahu, sekarang ini, jantungnya berada di tahap tinggal 10 peratus saja penggunaan atau fungsinya.
Bob turut menjelaskan dia memang bergantung kepada alat bantuan jantung iaitu implant defibrillator atau bateri jantung yang telah dipasang.
Nama penuh alat ini ialah mplantable automatic cardioverter defibrilator atau shirtform nya IADC.
“Saya ada di rumah saja ni dan memang tak berapa sihat. Keadaan jantung saya hanya tinggal 10 peratus saja.”
“Selagi bateri ini tak mati, maka itulah saya akan bernafas. Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu nak sampai saja.”
“Sementara selagi sempat ini, saya cuba nak mencari kesempatan untuk jadi insan yang lebih baik.”
Buat masa sekarang, Bok Lokman kena hadir buat follow up, rawatan susulan setiap tiga bulan.
Bob juga perlu makan serta mengambil uabatan yang diberikan oleh doktor.
“Rawatan susulan hospital ada iaitu tiga bulan sekali. Jantung macam bateri, sungguhpun setiap hari kita ada cas pun, makin lama makin kurang juga.”
“Itulah, kita boleh jangka apa, ia sentiasa berjalan dan bergerak. Badan pula banyak tidak sihat. Jantung dah tak kuat.”
“Semasa tidur pun kita pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Kalau jantung tak okey, kita tak boleh nak jangka apa. Selagi ada umur, saya bersyukur sajalah.”
Itulah perkembangan terkini tentang kesihatan Bob Lokman hasil temubual dengan Utusan.
Sebelum ini, Bob Lokman mempunyai isu dengan kesihatan jantung. Malah pernah dirawat di hospital di Kedah.
Selain dari jantung, Bob Lokman juga mempunyai isu dengan masalah buah pinggang atau kidney yang sudah tidak berfungsi dengan baik.