“Saya rasa amat selamat dengan Awie” ~ Erra Fazira

2,947 views

Erra Fazira akan tampil bersama Awie dalam Konsert Awie Romantika yang bakal diadakan di Sabah.

Sebelum ini, pada bulan Februari, konsert yang sama diadakan di Shah Alam dan mendapat kejayaan. Kerana itu, mereka akan bergabung sekali lagi di negeri Sabah pula.

Jelas Erra Fazira, konsert ini dah lama dirancangan namun tergendala sebab adanya aperintah kawalan pergerakkan sebelum ini. Ini komennya kepada portal Getaran.

“Plan ini saya dah lama dengar, sebelum ada PKP lagi. Namun plan ini tergendala. Tak sangka lepas tamat PKP, plan untuk buat showcase Awie romantika’ di Sabah diteruskan.”

“Terima kasih Datuk Awie dan team dia sebab beri kepercayaan dan amanah pada saya untuk sekali lagi sama-sama dalam konsert ini.”

Konsert Awie Romantika akan diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Ogos depan.

Kata Erra Fazira, Awie ini merupakan lagenda dalam bidang nyanyian. Suara Awie memang terlalu hebat.

“Dia buka mulut sahaja, suara dia terus boom. Banding saya, sungguhpun saya dah lama dalam industri ini, tapi saya ibarat budak baru nak up saja.”

“Saya selalu mencabar diri saya dan Datuk Awie seringkali memberi semangat kepada saya.Memang adakalanya saya jadi lemah semangat dan ada rasa gementar bila atas pentas.”

Membuat persembahan dengan Datuk Awie, Erra Fazira memberi gambaran dia rasa amat selamat.

“Saya rasa amat selamat dengan Datuk Awie. Dia dan team dia memang amat profesional.”

“Berkenaan sistem bunyi atau repertoire semua tu, saya dah tak perlu risau apa yang kena buat. Mereka ini memang hebat belaka. Saya hanya tumpang saja dan ikut semua plan nya.”

“Saya tak pasti apa plan di Sabah nanti sebab Datuk Awie masih lagi merahsiakan gimik di sana. Oleh itu saya reda sajalah.”

Berbual tentang pengetahuannya tentang Datuk Awie, bila ditanya bagaiman Awie, adakah dia romantic, Erra Fazir ahanya ketawa, dan mengakui Awie ad ataman di hatinya,

“Memang dia ni jenis rock tetapi dalam hati ada taman. Hatinya macam filem Hindustan. rasanya ramai yang dah tahu.”

Kepada orang di Sabah, jangan lupa layan konsert Erra Fazira dan Datuk Awie, memang best.