Sebelum ini pelawak Shuk Sahar ada bercerita tentang kisahnya bermain kayu tiga dengan pengacara Pak Nil. Dalam rancangan itu, Shuk akui ianya satu kesilapan yang dia lakukan.
Di rancangan Meletop semalam, giliran isterinya pula iaitu Rossa Sera menjadi tetamu dan memberi respon tentang video tersebut.
Sememangnya Rossa Sera tak dapat nak menahan rasa sebaknya, dan mula mengalirkan air mata sebaik saja masuk ke set.
Ketika di lima minit pertama, rancangan dihentikan seketika dan Uyaina telah datang memujuk Rossa Sera.
Ketika berbual dengan lebih lanjut dengan pengacara Nabil Ahmad dan Uyaina, Rossa Sera menyatakan kii dia dah tak mampu nak menerima Shuk Sahar lagi. Ini memberi bayangan bahawa hubungan mereka akan berakhir.
“Saya rasa kali ini jika memaafkan dia, akan menyakitkan. Saya dah tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan seperti itu. Bagaimana nak bahagiakan orang lain kalau saya pun disakiti.”
“Kami pun dah bincang untuk ambil keputusan apa selepas ini. Saya memang akan fokus hanya untuk anak-anak sahaja dan business. Tentang hubungan kami, mungkin sampai di sini saja, dah cukuplah. Saya tak mampu nak beri kebahagiaan pada dia.”
“Ada satu tahap tu, saya rasa dah tak boleh nak maafkan dia. Namun kami masih berhubung, semuanya hanya demi anak-anak saja.”
Rossa Sera ada menyatakan bahawa apa yang berlaku ini juga satu ujian buat Shuk Sahar.
“Ini juga ujian untuk Shuk. Saya tak pernah nak salahkan dia. Bukan senang dia kena melalui semua ini. Sebenanrya, sehingga sekarang saya masih ada beri kata semangat padanya.”
Melalui cabaran dan dugaan d alam perkahwinan, Rossa Sera berkata dia hanya mengadu pada ibu bapa dan juga tuhan.
“Berdepan dengan masalah ini, saya hanya mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Illahi untuk ketentuan darinya.”
Rossa Sera dan Shuk Sahar bergelar pasangan suami isteri setelah bernikah pada tahun 2015 dan mempunyai dua orang anak perempuan.