“Turun kat airport, 5 kereta polis, JAIS 1 bas.. dah tunggu Sajat..”

15,121 views

Semalam, telah disahkan bahawa ayah kepada ahli perniagaan, Nur Sajat iaitu Kamaruzzaman sedang berada dalam keadaan yang agak tenat.

Hal berkenaan disahkan oleh adik perempuan Sajat iaitu Mustika menerusi satu entry di laman Ig milik Mustika.

Dari entry berkenaan, Mustika memohon orang ramai untuk berdoakan kesihatan ayahnya itu kembali sihat.

Minta semua dapat doakan ayah saya. Sekarang ni ayah dah semakin tenat.” Itu yang ditulis oleh Mustika.

Di laman Instagram milik Sajat, ahli perniagaan yang berada di Australia ini berkata dia tak dapat balik untuk melawat ayahnya walaupun dalam keadaan tenat.

Sajat sedia maklum tentang tahap kesihatan ayahnya itu, yang mana ibu dan kakaknya sering update perkembangan terkini ayahnya.

Kata Sajat lagi, ayahnya mula tak sihat sejak minggu lalu lagi.

Buat masa sekarang Sajat hanya akan membuat panggilan video untuk melihat serta mengtahui perkemabngan terkini ayahnya.

“Dah dapat dokumen untuk terbang, untuk buat business trip tu Sajat dah boleh.”

“Tapi kalau nak pulang ke Malaysia itu, memang tak boleh lagi nak tengok keluarga, mak dan ayah Sajat, sekarang ni pun ayah Sajat memang tak berapa sihat.”

“Sejak dari minggu lepas lagi ayah dah tak sihat. Sajat selalu buat video call saja dan dapat juga kirimkan wang belanja untuk family.”

“Sekarang ni kak long dan mak yang selalu beritahu tentang perkembangan kesihatan ayah saya. Doakan baik-baik untuk family saya. Harap semuanya akan okey.”

Sementara itu menerusi satu video, Sajat berkata dia bukannya tak mahu pulang tetapi khuatir apabila sampai di airport saja semua dah tahu dan pihak berkuasa dah siap sedia.

“Nanti turun je kat airport, tak sampai sebatu semua dah tahu tu Sajat. Lima kereta polis, satu bas polis, 1 bas JAIS dan wartawan dah tunggu Sajat, nak amik Sajat.”

Itulah antara kata-kata dari Sajat yang berdoa agar ayahnya akan sembuh.